“Perkahwinan aku bersama suami sud4h tidak dapat disel4matkan lagi. Makin lama, aku dapat rasa yang h4ti aku ni tersuka pada F.”

Gambar Sekadar Hiasan

Salam.. Nama aku Z. Aku seor4ng guru sekolah menengah mengajar Bahasa Inggeris. Sudah berkahwin dan memiliki 2 orang cahaya mata.

Aku sudah 10 tahun meng4jar dan sekar4ng umurku 32 tahun. Perkahwinan aku bersama suami sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Kami membawa haluan masing2 kerana suami aku lebih memilih mama dan kakaknya berbanding menyelamatkan aku daripada menjadi mangsa mereka. Aku tidak mampu lagi untuk bertahan, lantas aku meminta cerai.

Tapi, suami aku meminta untuk tangguhkan penc3raian demi anak2 kami. Dia memang sangat sayangkan anak-anak. Malangnya, dia tak sayangkan perkahwinan kami yang sudah mencecah 9 tahun.

Anak sulung aku berumur 7 tahun rapat dengan papanya. Aku t4kut juga jika anak-anak tak boleh terima kenyataan yang mummy dan papa dah berpisah. Aku pun setuju untuk tidak bercerai. Tunggu anak-anak dah faham, baru kami berpisah secara official.

Kami betul2 bukan seperti suami isteri. Aku bukan tak cuba untuk membaiki, tapi selagi mana mama dan kakak suami aku hidup, aku tak rasa kami boleh get back semula.

Suami aku pula, seolah-olah dipukau. Berubat? Aku dah tak mampu dari segi kudrat. Aku terlalu penat dengan manusia. Cinta pada suami juga sudah tertanam. Dalamnya umpama 10 kali ganda burj khalifa!

Selepas setahun hidup begini, pintu hati aku mmg dah tertutup. Aku tak percaya lagi dengan insan bernama lelaki dan aku takut jika aku dapat l4gi keluarga mentua yang menjadikan aku seperti sampah.

Sampailah suatu hari, aku dipindahkan ke satu sekolah baru. Aku perlu mengajar pelajar SPM.

Mulanya aku seperti biasa. Tapi makin lama, aku dapat rasa y4ng hati aku ni tersuka pada F. F adalah pelajar SPM yang ketika itu berumur 17 tahun. Aku pula 30 tahun. 13 tahun perbezaan usia kami.

Aku tak rasa F sukakan aku. Aku nampak dia kekok dengan perempuan termasuklah guru wanita. Aku macam biasa, bertugas seperti guru-guru yang lain.

Cuma aku semakin sukakan F. Baik budaknya, pandai bahasa Arab dan Inggeris. Lagi satu, dia tak terhegeh2 macam pelajar lelaki yang lain. Itu yang membuatk4n aku makin jatuh hati.

SPM pun dah berlalu. F pelajar yang pandai. Dia dapat menyambung pelajaran di oversea. Aku pula masih di sekolah tersebut.

Lama jugak aku tak dengar khabar F, sampailah suatu hari, aku terdetik nak cari F di Facebook dan aku jumpaaa! Aku pun add F. Dia approved aku.

Gembiranya aku sampai tak tidur aku malam tu.

Sejak2 aku add F, rajin aku buat story. Sebab aku suka F tengok story aku. Setahun juga aku macam tu dan tak pernah sekali pun F tak tengok story aku. Makin aku rasa yang aku betul-betul cintakan F.

Satu hari tu, aku beranikan diri untuk confess. Aku dm F. Aku terus terang yang aku sayangkan dia. Aku cuma beritahu dia yang aku single.

Mungkin dia ingat single mom. Rasanya dia terkejut, dia cuma like confession aku. Bila like kan, umpama kita bagi love.

Aku pun tanya dia, you gave me love, do you love me? Dia jawab, yes as my teacher who taught me a lot of things. Sedih aku baca, tapi bila berada di situasi dia, of course akan jadi blur. Tiba-tiba saja cikgu sendiri ucapkan cinta. Kan?

2 tahun aku syok sendiri. Jangan risau, anak-anak aku jaga elok saja. Lepas tu, aku sambung mesej F, lepas ni IGNORE aku terus. Jangan balas apa-apa langsung. Aku cuba untuk remove dia dari Facebook aku, tapi hati aku tak kuat. Aku biarkan saja.

Entahlah, story aku masih dia tengok. Selalu jadi orang first pulak tu. Status aku dia like, cuma mesej aku saja yang dia tak balas. Aku kadang-kadang mesej yang aku rindukan dia. Dia cuma bagi aku seen saja. Mungkin sebab aku suruh ignore kut?

Dia pun friend dengan beberapa orang guru lain. Tapi tak ada pulak dia like status guru-guru tersebut. Status aku semua dia like. Aduh F, kenapa begitu?

No, aku bukan desperate. Aku tak paksa dia pun. Lama-lama aku jadi sedar diri. Aku dah kahwin, ada anak, tua dari dia dan sebagainya.

Setiap kali solat, aku mintak sangat Allah bagi aku lupakan F. Aku pernah mesej F, don’t worry aku tak akan ganggu dia lagi. One day aku akan disappear selamanya dari hidup dia.

Aku cuba tak update story lagi. Tapi bila rindu aku memuncak, aku update juga. Macam biasa, F akan view. Aku cuba pujuk diri sendiri.

Mungkin F view semua status kawan2nya. Tolonglah jangan perasannnnn.

Aku suka sangat bila F tengok story aku. Seolah2 bagi aku semangat nak teruskan hidup. Suami aku? Ada di celah kangkang mama dia kut? Aku tak tahu.

Sekarang ni, aku sangat rindukan F. Tapi aku cuba tahan diri untuk tak update story. Dah hampir sebulan aku log out dari facebook aku. Aku uninstall Facebook juga. Aku dah janji aku akan pergi dari dia.

F ni tak aktif buat story atau status di Facebook dia. Aku cuma mengharapkan dia tengok story aku saja lah. Aku sedang kuatkan diri untuk delete terus Facebook aku sebab aku betul-betul tak mampu untuk remove F.

Aku yakin sangat, F seorang yang sangat baik. Dia tak pernah bercinta. Tengok akhlak F pun dah boleh agak, F sangat menjaga batas pergaulan. Aku saja yang sebaliknya. Malunya aku.

Doakan aku kuat untuk tidak mengganggu F lagi. Aku tahu aku salah. Tak sepatutnya seorang guru bertindak begini. Tapi aku manusia biasa. Perasaan itu datang tanpa aku duga. Diwaktu suami aku memilih untuk tidak lagi bersama. Serius, aku tak minta jadi begini.

Kepada F, I’m really sorry for what I’ve done to you. Best wishes in your future. Memang rasa sakit sangat sekarang, tapi aku yakin aku kuat.

Aku kuat!

– Cikgu Z (Bukan nama sebenar)

Sumber : IIUMC

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.