[GAMBAR] Lelaki Menangkap Ikan An3h Bermata B3sar, Dip3rcayai Spesies Ikan Purba Wujud Lebih 400 Juta Tahun Dulu

Lelaki Menangkap Ikan Aneh Bermata Besar, Dipercayai Spesies Ikan Purba Wujud Lebih 400 Juta Tahun Dulu. Semakin hari semakin banyak pula kisah mengenai hidupan laut yang pelik dan aneh ditemui oleh manusia. Baru-baru ini kecoh pula dengan kisah seorang pemancing yang mendapat ikan yang memiliki rupa agak pelik.

Pemancing bernama Oscar Lundahl sangat terkejut dengan hasil tangkapannya itu sehingga hampir melompat keluar dari botnya.

Menurut sebuah laporan, lel4ki dari Norway itu secara tidak sengaja menangkap ikan dari spesis ratfish atau nama latinnya Chimaeras Monstrosa Linnaeus yang wujud sejak 400 juta tahun dulu.

Dikatakan ikan itu ada dalam mitos Yunani Greek yang mempunyai kepala singa dan ekor naga. Malah ikan itu juga datang daripada keluarga ikan jerung dan hidup di laut dalam.

Patutlah ikan ini mempunyai fizikal an3h yang jarang dijumpai manusia. Hidup di lautan dalam rupanya!

Manalah tidak terkejut jika rupa fizikal ikan itu nampak cukup aneh dengan matanya yang besar. Dipercayai matanya yang besar berfungsi untuk membolehkannya melihat di dalam gelap, sesuai dengan habitatnya di laut dalam.

Biarpun nampak pelik, tapi ikan ini tidak berbahaya kepada manusia. Ianya hanya makan siput, ketam dan hidupan laut yang bercengkerang lain.

Menurut Oscar dia dan kawan-kawannya terkejut setelah berjaya menaikkan ikan berupa sedemikian.

“Saya tidak pernah melihat haiwan seperti ini sebelumnya. Ianya kelihatan agak pelik, macam rupa dinosaur pun ada”, ujarnya.

Selepas menaikkan ikan itu dan bergambar dengannya, ia kelihatan seperti tidak akan hidup lama mungkin kesan dari tekanan perubahan.

Disebabkan itu Oscar membawa pulang ikan itu dan menggorengnya bersama mentega dan tepung. Menurutnya rasa ikan itu seperti ikan kod tapi lebih lazat.

Sumber: Daily Star | NangTime

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.