‘Mahu Beli Seguni Ber4s, Tapi Datang Selori Beras’, Teruk Suami Kena Marah, Lepas Tu Kantoi Rokok Pula, Ini Yang Terjadi Pada Suaminya…

DELHI: Coretan Shiv Ramdas menceritakan kisah lucu membabitkan abang ipar dan kakaknya viral di media sosial baru-baru ini. Menurut Ramdas, abang iparnya yang bosan kerana terpaksa membeli beras setiap hari mengambil keputusan membeli beras secara pukal.

Namun gara-gara kesilapan komunikasi dengan penjual beras, rancangannya kantoi kerana dia bukan menerima seguni beras sebaliknya dia menerima satu lori beras pula.

Isterinya yang merupakan kakak Ramdas dik4takan marah dengannya menyebabkan abangnya terpaksa meminta pemandu lori itu membawa pulang beras tersebvt.

Pemandu lori itu bagaimanapun enggan berbu4t demikian biarpun dia cuba disogok oleh abang iparnya dengan sebungkus rokok.

Sekali lagi tindakan abang iparnya kantoi dan menimbulkan kemarahan isterinya kerana abang iparnya berjanji tidak merokok pada hari minggu, tetapi ternyata dia masih membawa bungkusan rokok di dalam poketnya.

Apabila semuanya tidak berjaya, pembantu gudang beras itu yang dikenali sebagai Manu dipanggil untuk menyelesaikan masalah ini.

Akhirnya mereka berjaya mencapai persetujuan membawa pulang beras tersebut selepas pemandu terbabit dan Manu bersetuju menerima sogokan berupa empat botol minuman keras, dua botol untuk Manu dan dua botol untuk pemandu tersebut.

Menurut Ramdas dia mengetahui kisah ini menerusi panggilan telefon ibunya dan mengambil keputusan menulis kisah ini di akaun Twitternya.

Gaya penulisan Ramdas yang bersahaja dan lucu membuat orang ramai terhibur membacanya. – Sarawakvoice

Sumber : NangTime

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.