“Saya tak pakai deng4n ‘underwear’ yang s3ksi..”, Kel Wen perjelas isu h1na songkok

Kecoh di media sosial mengenai Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2022 yang berlangsung baru-baru ini yang melibatkan seorang pereka fesyen tempatan.

Mana tidaknya, penampilan yang digayakannya itu seakan-akan mempersendakan kesucian ‘songkok’ dan hina agama Islam sehingga mencetuskan amarah ramai.

Tak ada niat persenda agama…

Sedar fesyen yang digayakannya itu menjadi bualan ramai, pereka fesyen Behati iaitu Kel Wen tampil memperjelaskan hal sebenar di mana dia tidak mempunyai niat mempersendakan sesuatu agama.

Menerusi hantaran yang dikongsikan, Kel Wen menyatakan keunikan dibesarkan dalam sebuah masyarakat majmuk terutamanya komuniti Islam di Malaysia dan ia sec4ra tidak langsung mempengaruhinya dalam berkarya.

“Saya membaca komen anda. Secara serius, saya tidak berniat untuk mempersendakan agama. Islam itu indah dan diperb3sarkan di sekeliling umat Islam di Malaysia. Ia secara semula jadi mempengaruhi seni dan gaya saya.”tulisnya.

Jaga mulut kalau awak seorang insan yang sempurna & ‘sederhana’

Dalam pada itu, anak kelahiran Melaka ini menasihati warganet supaya menjaga adab pertuturan dan tingkah laku semasa menulis sesuatu di media sosial terutama fesyen yang cuba diketengahkannya itu.

Malah, dia tidak kisah sekiranya orang ramai tidak menerima kreativiti fesyen yang diperkenalkan memandangkan gaya (fesyen lelaki tempatan) itu masih belum menjadi kebiasaan ramai.

“Anda tak perlu menerimanya sekarang hanya kerana gaya ini masih belum ‘biasa’ bagi fesyen lelaki tempatan. Tetapi, sila jaga mulut jika anda masih menganggap diri anda sebagai contoh manusia ‘sempurna’ dan ‘sederhana’.

“Untuk menjadi sederhana, ia bukan hanya dinilai pada pemakaian, sebaliknya pertuturan kita.”tulisnya

Saya tak pakai songkok dengan ‘underwear’ yang s3ksi

Kel Wen yang juga salah seorang pereka fesyen bagi penyanyi Aina Abdul berkata, dia tidak merasakan fesyen yang digayakan itu adalah keterlaluan. Jelasnya, dia tidaklah memakai songkok dengan seluar dalam yang s3ksi sehingga boleh mencetuskan isu ‘senda agama’ di kalangan warganet terutama mereka beragama Islam.

“Saya tak pakai songkok dengan seluar dalam yang s3ksi atau mendedahkan mana-mana bahagian sensitif badan saya yang menunjukkan ‘keb0gelan.

“Saya hanya menunjukkan lutut seperti kebanyakan lelaki Melayu di luar sana yang menjadi fesyen pada hari ini. Pakai songkok dan nampak lutut adalah sama konsep dengan wanita berhijab yang memakai tudung tetapi leher terkeluar. Ia termasuklah konsep yang sama dengan memakai sut formal dengan skirt pendek ke majlis rasmi.”jelas Kel Wen.

Songkok bukannya berasal dari orang Melayu…

Selain itu, Kel Wen mendedahkan bahawa asal usul ‘songkok’ sebenarnya bukanlah berasal dari masyarakat Melayu di mana ia sebenarnya dibawa oleh umat Islam India pada abad ke-19 dan orang Melayu tidak memakainya sewaktu zaman Kesultanan Melaka.

Kel Wen berkata, orang Melayu pada zaman dahulu hanyalah memakai kain sarung dan ‘topless’ biasa sahaja. Malah, pereka fesyen Behati ini mengatakan dia hanyalah memakai seluar pendek di bawah ‘samping’ dan ia tidak pernah menjadi isu pun pada suatu ketika dahulu.

“Orang Melayu dulu pakai sarung sahaja dan topless dianggap biasa. Saya memakai seluar pendek di sebalik samping. Songkok dengan seluar pendek tidak pernah menjadi isu pada tahun 1941, dipakai oleh lelaki Melayu Rejimen Askar Melayu Diraja di Singapura.”ujarnya lagi.

Tambah Kel Wen, sekiranya ramai tidak boleh menerimanya memakai songkok megikut gaya hidup peribadinya sendiri, maka ia jelas menunjukkan mereka adalah rasis dan itulah masalah sebenar yang berlaku dalam isu ini.

Sumber: Instagram @kel__wen | OMM

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.