[VIDEO] Pemuzik M4in Violin Ketika Pembed4han Buang Tum0r, Rupa2nya Ini Sebabnya…

Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang pemuzik Dagmar Turner telah bermain violin sementara doktor-doktor pakar melakukan pembed4han membuang ketvmbuhan dari ot4knya.

Untuk pengetahuan korang, video yang tular ini sebenarnya merupakan pembed4han yang dibuat pada tahun 2020 yang lepas.

Menurut NPR, doktor yang merawat Dagmar, Ashkan juga merupakan seorang pemain piano. Ekoran sedar dengan kepentingan wanita ini untuk terus bermain violin, dia dan rakan-rakannya telah membuat rancangan bagi memastikan kebolehannya ini tidak terjejas ekoran pembed4han.

Kami ambil masa dua jam untuk mengenalpasti kawasan yang aktif ketika violin dimainkan dan yang bertanggungjawab mengawal pertuturan dan pergerakan.

Pembed4han tersebut berjaya dibuat. Kami berjaya membuang lebih 90 peratus tumor termasuk di semua kawasan yang agresif dan pada masa yang sama mengekalkan fungsi tangan kirinya.”

Walaupun jarang kita dengar pesakit bermain alat muzik ketika pembed4han ot4k dijalankan, ada beberapa kes seperti ini pernah berlaku. Antaranya, pada tahun 2016, seorang guru muzik telah bermain saksofon sementara sekumpulan saintis membuang ketumbuhan dari ot4knya.

Pakar Bed4h Saraf & Ot4k, Dr Hezry melalui Twitter peribadinya turut memberikan komennya mengenai video yang tular ini,

Katanya, sekiranya sesuatu ketumbuhan itu dekat dengan bahagian-bahagian penting di dalam ot4k seperti yang mengawal pergerakan tangan, ini adalah cara mereka untuk pastikan sama ada mereka rosakkan bahagian tersebut atau tidak semasa pembed4han.

Pesakit dibiarkan sedar tapi tak dapat rasa sakit dan mereka akan disuruh untuk berbuat sesuatu atau bercakap (bergantung kepada kawasan ot4k). Kalau dorang tiba-tiba berhenti, ini bermakna kerosakan telah berlaku.”

Tambahnya lagi, pembed4han seperti adalah sangat advance di mana doktor bius dan doktor saraf yang terlatih diperlukan, kerana ini, hanya ada dua ke tiga tempat di Malaysia yang boleh buat pembed4han seperti ini.

Selain itu, Dr Hezry turut terangkan sekiranya pakar tersalah dan terosakkan sel di ot4k, ianya tak dapat dibetulkan semula kerana saraf atau sel ot4k yang rosak tak boleh pulih dengan sendiri.

Sumber : LobakMerah

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.