NASA Siarkan Imej Ribut Gerg4si Yang Cukup Besar Yang Mampu ‘Menelan’ Bumi

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merakam imej Planet Musytari yang belum pernah dilihat sebelum ini menggunakan Teleskop Angkasa James Webb (JWST), lapor akhbar The Sun semalam.

Imej yang dirakam itu memaparkan ribut besar yang berpusat di atmosfera planet tersebut.

Kamera Infra Merah Hampir (NIRCam) pada JWST mendedahkan rahsia planet terbesar itu secara terperinci dengan menggabungkan beberapa imej menjadi satu.

Pada imej tersebut, or4ng ramai boleh melihat aurora memanjang ke altitud tinggi di atas kutub utara dan selatan.

Turut kelihatan adalah jerebu yang berpusar di sekeliling kutub-kutub tersebut.

“Sejujurnya kami tidak meny4ngka imej yang dirakam akan menjadi sehebat itu.

“Ia adalah sesuatu yang luar biasa kerana kita dapat melihat Planet Musytari secara terperinci yang lengkap dengan cincin, satelit kecil dan g4laksi dalam satu imej,” kata ahli astronomi di Universiti California, Profesor Mike de Pater.

Selain itu, imej tersebut turut memaparkan Titik Merah Besar Musytari yang ikonik, ribut besar yang boleh dilihat pada bahagian bawah kiri.

“Ia kelihatan putih dalam imej ini kerana mem4ntulkan cahaya Matahari. Kecerahan di sini menunjukkan altitud yang tinggi,” jelas saintis Webb, Heidi Hammell.

Titik Merah Besar Musytari merupakan ribut terbesar dalam Sistem Solar, berukuran lebar sekitar 16,350 kilometer.

Ia adalah 1.3 kali ganda lebih besar daripada diameter Bumi.

Angin ketika kemuncak taufan itu b0leh mencecah sehingga 431 kilometer sejam, lebih laju berbanding kelajuan angin terkuat Bumi iaitu 407 kilometer sejam. – AGENSI

Sumber : MyKMU

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.