Pelancong Terk3jut & Takut, Tak Sengaja R4kam Sos0k Wanita Misteri Di Tanah Perkuburan

Seorang pelancong menyatakan bahawa terdapat sosok wanita muncul dalam gambar yang diambil olehnya di sebuah tanah perkuburan bersejarah, Tynemouth Priory di Tyneside Utara.

Memetik Daily Mail, gambar itu diambil ketika Mandy Steel bersama dua orang anaknya melawat runtuhan di tebing tanah perkuburan tersebut pada Sabtu, 13 Ogos lalu.

Menurut Mandy, selepas melihat semula gambar tersebut, dia ternampak sosok se0rang wanita yang berdiri berhampiran tebing dengan memakai kot panjang dan topi.

Mandy menyatakan bahawa dia tidak melihat wanita itu semasa berada di situ dan gambar tersebut diambil sekitar jam 1 petang.

Tambah Mandy lagi, “Perkara ini ganjil kerana anak perempuan saya juga mengambil gambar di tempat yang sama, pada masa yang sama tet4pi tidak nampak bayang tersebut.”

“Saya menyemak banyak gambar yang diambil untuk melihat sama ada sesiapa berpakaian seperti itu tetapi tiada siapa yang memakai topi.

“Tambahan lagi, semua orang mem4kai pakaian musim panas.”

Difahamkan, dia telah cuba menghubungi pihak National Trust untuk mendapatkan maklumat tentang penampakan dalam gambar tersebut namun mereka tidak dapat membantu.

Pada Februari tahun lalu, penyiasat paranormal Newcastle Kayleigh Woods juga mendakwa telah mengambil gambar bayangan hitam sosok manusia di gereja Benedictine.

Bagaimanapun, sosok itu kemudian hilang selepas 15 minit mereka pergi semula ke tempat tersebut.

Sumber : Daily Mail | SiakapKeli

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.