[VIDEO] Detik Cemas Kapal Layar K4ram Di Pantai Itali Tular Di Media Sosial

Sebuah kapal layar besar dilaporkan telah k4ram di pantai selatan Itali dan menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Memetik laporan Daily Mail, kapal yang dibina di Monaco pada tahun 2007 itu telah berlayar dari Gallipoli ke Milazz0 di Pulau Sicily pada Sabtu lalu sebelum terlibat dalam kem4langan tersebut.

Difahamkan, ketika menyeb3rangi Teluk Squillace, kapal itu mengalami masalah sehingga menyebabkan kapten membuat panggilan kecemasan pada lewat malam.

Susulan itu kapal pengawal pantai telah dihantar dari pelabuhan Crotone dan mereka mendapati bahawa bot itu telah separuh tenggelam di dalam air di sekitar sembilan batu nautika dari Catanzaro Marina.

Ketika kejadian, empat penump4ng dan seorang anak kapal yang semuanya berbangsa Itali segera dibawa keluar dari kapal tersebut, meninggalkan empat anak kapal lain termasuk kapten yang cuba menyelamatkan kapal itu.

Sebuah bot tunda kemudiannya dihantar dari Crotone untuk menunda kembali kapal itu ke pelabuhan.

Bagaimanapun, kapal itu sudah mula tidak seimbang dan terus ‘ditarik’ air. Hal ini dapat dilihat menerusi rakaman yang diambil oleh pengawal pantai Itali apabila bahagian belakang kapal itu ‘hilang’ dihanyut ombak.

Keadaan itu memaksa penyelamat berhenti menariknya dan kemudian ia secara keseluruhannya tenggelam dengan sangat pantas sekitar jam 1 tengah hari pada Ahad lalu.

Sementara itu, siasatan kini telah dilancarkan untuk mengetahui punca kapal itu k4ram.

Video :

Sumber: Daily Mail | SiakapKeli

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.