Semalam, pihak Jabatan Penjara Malaysia menegaskan bahawa gambar sel penjara VIP yang tular di media sosial adalah palsu dan menerusi laporan, ia sebenarnya sel penjara di Switzerland.
Kecoh tentang isu keadaan di penj4ra, seorang pengguna TikTok @abangpejan telah berkongsi pengalamannya masuk ke penjara untuk sesi ‘shooting’ sebagai seorang pengamal media.
@abangpejan Rasa mcm tak ada pulak terserempak Sel Penjara VIP kt Kajang.. hui hui hui #fyp #penjarakajang #shareforgood
Menerusi perkongsiannya, keadaan sel penj4ra agak gelap dan dinding pemisah antara tempat tidur dengan bilik air hanyalah separuh d1nding s4haja. Malah, para banduan juga bebas bergerak dalam penjara tapi dengan kawalan dan juga ada kantin untuk mereka makan.
Terdapat juga bengkel membuat roti, kraf dan sebagainya untuk para banduan bekerja mendapatkan wang. Malah, para banduan boleh meny4mbung pelajaran di peringkat tertinggi ketika dalam penjara kerana ada kelas-kelas yang dit4warkan kepada mereka.
Perkongsian tersebut telah menj4di bualan orang ramai dan rata-rata netizen berterima kasih kepada lelaki itu kerana berkongsi pengal4mannya ketika masuk ke dalam penjara.
Malah, ada juga netizen yang merupakan bekas pekerja di penjara mengesahkan situasi dalam penjara seperti perkongsian lelaki terbabit. Tidak hanya itu, segelintir netizen juga terkejut apabila mengetahui keadaan sebenar p3njara seperti itu.
Sumber : TheVocket