Ira Kazar akan ditah4n gara2 ganggu rumah tangga pasangan selebriti?

Wanita yang didakwa meng4nggu kehormanian rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof iaitu Ira Kazak difahamkan akan ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Memetik portal Harian Metro, tindakan itu dibuat selepas anak pelakon veteran, Kazar dipanggil ke Jawi bagi membantu siasatan berhubung tindakan s4man yang difailkan oleh Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ini termasuklah dua aduan di pejabat agama terhadap Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin pada 18 Ogos lalu.

Disiasat atas tuduhan hasutan suami atau isteri bercerai/ abaikan kewajipan
Difahamkan, wanita berusia 27 tahun ini akan disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

“Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Ia membabitkan mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kes4lahan.”lapor sumber Harian Metro.

Sementara itu, usaha pihak Harian Metro bagi mendapatkan kenyataan daripada pihak Jawi masih tidak berjaya.

Terdahulu, Ira dilaporkan hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga dan perkara itu disahkan oleh Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail.

Sekadar info, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor berhubung gangguan diterima yang berlarutan sejak empat tahun lalu.

Gara-gara gangguan orang ketiga itu, pasangan itu dikhabarkan tidak lagi tinggal sebumbung namun tidak bermaksud mahu berpisah. Malah pada Jun lalu, Syamsul menafikan dakwaan dia sudah melangsungkan pertunangan dengan Ira sebaliknya sekadar gosip bertebaran semata-mata.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5; dan Summayah, 3.

Sumber: Harian Metro , Instagram Ira Kazar & Puteri Sarah | OMM

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.