Sungai Kering Akibat Kemarau, Kesan Tapak Kaki Dinosaur Dari 113 Juta Tahun ‘Muncul’ Semula

Kesan tapak kaki dinosaur yang berusia 113 juta tahun dil4porkan telah ‘timbul’ di sungai di Dinosaur Valley State Park, Texas apabila ia meng3ring selepas dilanda kemarau yang teruk.

Memetik laporan BBC, kesan tapak kaki bersaiz gerg4si itu dipercayai milik seekor acrocanthosaurus yang tidak pernah dilihat sejak tahun 2000 kerana ia berada di bawah air dan beberapa lapisan sedimen.

Turut dipanggil sebagai ‘Lone Ranger trackway’, pakar meng4nggarkan bahawa terdapat 140 kesan tapak kaki dinosaur tersebut y4ng ditemui di situ tet4pi hanya 60 sahaja yang dapat dilihat pada ketika ini.

Acrocanthosaurus merupakan dinosaur y4ng berket1nggian 15 kaki dan mempunyai berat kira-kira tujuh tan.

Sementara itu, hampir semua kawasan di Texas menghadapi kemarau yang teruk.

Minggu lalu sahaja, lebih darip4da 87 peratus negeri mengalami salah satu daripada tiga kategori kemarau yang paling melampau dan luar biasa.

Keadaan cuaca melampau itu juga bukan sahaja mendedahkan tapak kaki dinosaur tetapi turut ‘membongkar’ penemuan mayat manusia di kawasan takungan terbesar Amerika Syarikat, Lake Mead.

Tidak semua kemarau berlaku disebabkan oleh perubahan iklim tetapi haba yang berlebihan di atmosfera menyebabkan lebih banyak kelembapan keluar dari bumi dan menjadikan kemarau lebih teruk.

Terdahulu, paras air yang surut disebabkan kemarau juga telah mendedahkan ‘batu kelaparan’ di Eropah. Mengikut kepercayaan masyarakat di sana, kemunculan batu itu menjadi amaran kepada generasi akan datang bahawa akan ada penderitaan yang menanti di masa hadapan.

Sumber: BBC | SiakapKeli

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.