[VIDEO] Kasut Tertanggal, Berh3nti Sarung Semula & Tertinggal, Adik Ini T3tap Berjaya Muncul Juara Lari Pecut 200 Meter

Kanak-kanak 7 tahun yang merupakan anak kepada seorang peninju, Terence Crawford tular di media sosial selepas menjadi juara dalam perlumbaan 200 meter dengan cara yang luar biasa. Pada awalnya, Calaya Terence gagal menyempurnakan larian apabila kasut yang dipakai di bahagian sebelah kanan tertanggal dan berpatah balik untuk mengambil semula kasut tersebut.

Walau bagaimanapun, tanpa berlengah dan duduk kecewa tanpa bertindak, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dilihat memecut semula selepas memakai kasutnya yang tertanggal tadi. Akhirnya, kanak-kanak itu berjaya melintasi garisan penamat sebagi juara sambil diiring dengan sorakkan dan tepukan gemuruh daripada ahli k3luarga dan penonton yang lain.

Memetik News18, margin kemen4ngan tersebut adalah 10 meter dari peserta yang berada pada tempat kedua dalam acara larian tersebut. Perlumbaan itu merupakan sebahagian daripada Wings Omaha Invitational yang diadakan di Northwest High School.

“Perkara itu masih bermain dalam fikiran bagaimana anak saya boleh melakukan hal luar biasa seperti itu. Dia tidak tahu bahawa d1a telah memberikan satu motivasi kepada saya dengan tidak mengalah dan terus berjuang walau apa pun yang jadi,” tulisnya di Instagram.

Sikap dan motivasi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini nyata membuatk4n ramai menjadi sebak dang menghemburkan pujian. Malah ada yang berterima kasih kepadanya kerana menunjukkan contoh bahawa ”hasil tidak pernah mengkhinati usaha”.

Setakat ini, video yang dimuat naik di laman Twitter itu sudahpun berjaya memperoleh lebih 10 juta tontonan.

Sumber: News 18, tbudcrawford (Intsagram), Showtime Shawn Porter (Twitter) | SIakapKeli

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.