Pelik Kenapa P0lis Selalu Sentuh Bahagian Belakang Kereta K3tika Tahan Pemandu, Rupanya Ini Sebabnya

Meminta pemandu untuk menunjukkan lesen dan nombor pendaftaran mereka merupakan prosedur biasa daripada pegawai polis semasa hentian lalu lintas. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat segelintir pemandu yang tidak menyedari aksi pegawai polis menyentuh lampu belakang kereta.

Terdapat banyak sebab mengapa polis di Amerika Syarikat akan meny3ntuh lampu belakang kereta ketika sedang menahan pemandu kereta tersebut. Menurut Law Dictionary, sebelum kamera dipasang di dashboard kenderaan polis, mengetuk l4mpu belakang adalah cara mereka untuk meninggalkan bukti pertemuan.

Cap jari yang ditinggalkan di kenderaan tersebut akan menjadi bukti bahawa wujud interaksi antara pegawai polis dengan pemandu kenderaan. Hal ini sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sesuatu berlaku kepada pihak polis semasa hentian lalu lintas dijalankan.

Cara ini juga dapat membantu pegawai polis yang lain untuk mengesan anggota pasukan yang hilang walaupun tanpa bukti video jenayah yang berlaku. Trooper Steve Montiero turut menyokong teori ini dengan memberitahu kepada media News 6, “Ketika pegawai undang-undang melakukan hentian lalu lintas, ada banyak prosedur yang perlu dilakukan. Tidak hanya demi keselamatan pemandu, tetapi juga untuk keselamatan petugas. Salah satu prosedur tersebut dapat menjadi bukti berlakunya interaksi antara pegawai polis dengan kereta itu seperti menyentuh bahagian lampu belakang.”

Antara sebab lain pegawai polis bertindak sedemikian adalah untuk mengejutkan pemandu. Mungkin terdapat pemandu yang membawa bahan terl4rang di dalam kereta seperti senj4ta 4pi, pelvru atau dad4h. Lantas, mereka akan berusaha untuk menyembunyikan bahan2 terl4rang tersebut sebelum pegawai polis menghampiri tingkap.

Pemandu biasanya akan berhenti seketika setelah mendengar bunyi ketukan dan ia membuatkan pihak polis mempunyai lebihan masa untuk mengetahui apa yang cuba disembunyikan oleh pemandu tersebut. Oleh sebab inilah pihak polis akan menyentuh lampu belakang kereta pemandu, iaitu untuk mengejutkan orang di dalamnya.

Taktik polis ini juga bertujuan untuk memastikan bagasi dalam keadaan terkunci supaya tidak ada yang dapat lari keluar daripada bagasi tersebut. Trooper Montiero berkata, “Mungkin kedengaran agak “gila”, tetapi ia ingin memastikan bahawa tidak ada yang melompat keluar daripada bagasi dan dilindungi dengan betul.

Sumber: The Sun | SiakapKeli

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.