Remaja T3kup Muka Teman Wanita Guna Bantal Hingga M4ut Gara2 Minta Putus

Seorang wanita berusia 24 tahun telah men1nggal dunia dipercayai dibvnuh dengan cara dit3kup mukanya oleh seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.

Menerusi laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong memaklumkan seorang wanita yang juga kenalan suspek telah membuat laporan selepas remaja itu meminta bantuan supaya meng4mbilnya di Kampung Pandan kerana dia sudah men3kup muka mangsa menggunakan bantal sehingga tidak sedarkan diri.

Ditemui terbaring dalam bilik

Disebabkan itu, pihak polis telah bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mangsa iaitu seorang wanita berusia 24 tahun dalam keadaan terb4ring di atas katil di sebuah bilik rumah berkenaan.

“Pemeriksaan pada badan mangsa tidak menjumpai seb4rang kesan keced3raan dan mangsa disahkan men1nggal dunia oleh petugas kesihatan.

“Bertindak atas maklumat pada 9.20 malam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menahan suspek warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes ini berdekatan lokasi kejadian,”katanya.

Suspek berjaya ditahan

Difahamkan, suspek berjaya ditahan berhampiran lokasi kej4dian dipercayai dalam cubaan melarikan diri. Hasil siasatan mendapati tindakan yang dilakukan berpunca daripada tindakan mangsa yang ingin memutuskan hubungan percintaan dengan suspek.

“Suspek berusia 19 tahun dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa ingin memutuskan hubungan dengannya,” katanya

Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan menjumpai beberapa barang yang boleh membantu siasatan. Suspek juga akan direman sehingga 31 Ogos ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membvnuh.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan dan akan melengkapkan siasatan dalam tempoh masa yang terdekat,” katanya.

Rakan2 mangsa luah rasa

Dalam pada itu, beberapa rakan baik mangsa telah membuat kompilasi video kenangan bersama arwah dan tidak sangka wanita itu sudah tiada.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh @aliyatshaa, dia telah mengucapkan salah takziah buat keluarga sahabatnya dan mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Harap pelaku dihvkum dengan setimpal

Seorang lagi rakan yang dikenali sebagai @echaaaaaaa58 pula meluahkan rasa rindu dan menjelaskan tindakannya berkongsi video bukan tidak reda di atas pemergian tersebut, namun hanya terkenang detik2 bersama arwah yang mana mereka baru sahaja berhubung.

Dia juga berharap supaya pelaku yang menyebabkan kem4tian sahabatnya menerima hukvman setimpal dengan apa yang telah dilakukan.

Buat masa ini, pihak polis berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut dapat membantu menyalurkan infomasi kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana2 balai polis yang berhampiran.

Sumber: Harian Metro (Norzamira Che Noh), TikTok @aliyantshaa, @echaaaaaaa58 | OMM

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.