Sungai2 Dunia Sem4kin Kering, Banyak Tinggalan Keraj4an Purba Muncul Dari Dasar

Tahun ini, dunia dilaporkan telah mengalami kemarau dan perubahan iklim yang sangat teruk. Ekoran dari keadaan itu telah menyebabkan paras air sungai di seluruh dunia semakin kering hingga berjaya mendedahkan beberapa khazanah dari zaman purba. Pakar mengatakan banyak artifak purba dan may4t manusia yang telah lama tenggelam muncul semula ke permukaan ketika dunia dilaporkan semakin panas.

Sebagai contoh, Tasik Mead di Nevada merupakan salah satu kawasan perairan yang dilaporkan surut sebanyak 150 kaki pada tahun 2000 menurut pihak berkuasa Nevada Selatan. Berada pada ketinggian 1,041.63 kaki dari paras laut, tasik ini telah mula surut sejak dari tahun 1937 lagi berikutan pembinaan Empangan Hoover berhampiran.

Lake Mead merupakan sebahagian dari fenomena besar di mana perubahan iklim menyebabkan kemarau yang lebih kerap, teruk dan berleluada di banyak kawasan di Amerika Syarikat dan juga dunia, memetik laporan Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim terkini pada April lalu.

Memetik Business Insider, ant4ra khazanah purba yang mula dilaporkan timbul adalah kapal dan bom Perang Dunia II yang ditemui di kawasan berhampiran dengan Sin City. penemuan yang tidak disangka akan terus digali berpunca dari kemarau yang didorong oleh perubahan iklim yang ketara.

Sejak akhir-akhir ini, paras air di Tasik Mead di Nevada telah mencecah paras terendah disebabkan kemarau yang teruk hingga mampu mendedahkan may4t (atau rangka) manusia yang pernah ditenggelami air satu ketika dahulu. Difahamkan, pada Julai dan Ogos, lagi rangka m4yat ditemui menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini menjadi empat sejak Mei.

Menurut ahli antropologi forensik, Jennifer Byrnes berkata, mungkin akan ada lebih banyak penemuan m4yat yang akan muncul memandangkan paras air yang dilaporkan semakin surut pada paras terendah dalam sejarah.

“Saya jangkakan rangka m4yat manusia yang hilang pada zaman purba dahulu mungkin akan terdedah dari masa ke semasa melihat dari paras air yang terus-menerus dilaporkan surut,” jelasnya.

Pada Jun dan Julai lalu, paras air Lake Meas yang semakin surut telah mencipta kawasan perkuburan bot yang menyeramkan dengan kemunculan kapal-kapal yang pernah karam dahulu bersama-sama rumah, perahu layar dan bot bermotor yang terdampar, lapor The Associated Press menerusi Business Insider.

Manakala di China, keadaan Sungai Yantze yang semakin kering turut mendedahkan khazanah dari zaman purba kala yang selama ini duduk tersembunyi di dasar sungai sejak sekian lama.

Memetik laporan NBC News, tiga patung Buddha dipercayai berusia lebih 600 tahun muncul dan ditemui di atas sebuah pulau yang selama ini tenggelam dalam paras normal sungai tesebut.

Patung-patung berkenaan dipercayai berasal daripada era Dinasti Ming, yang memerintah diantara 1368 – 1644.

Di Sepanyol pula, sebuah perkampungan hantu muncul selepas paras air sungai Limia merosot. Kampung berkenaan sebelum ini ditenggelamkan pada tahun 1990-an selepas ia dipilih sebagai kawasan pembinaan empangan.

Selain itu, Stonehenge Sepanyol juga muncul di wilayah Caceres. Stonehenge ini pertama kali ditemui pada 1926 oleh penyelidik dari Jerman. Namun sepanjang masa, susunan batu ini tenggelam dalam empangan Valdacanes.

Namun, dengan paras air yang semakin surut, bentuk Stonehenge ini kini dapat dilihat dengan sepenuhnya. Stonehenge ini dipercayai wujud sejak 5000BC.

Di Itali pula, sebuah jambatan dipercayai berasal dari era Empayar Roman turut kelihatan dari dasar sungai Tiber. Ia dipercayai dibina ketika pemerintahan Maharaja Nero sekitar 50 A.D.

Amerika Syarikat turut melaporkan bahawa paras air di beberapa sungai, tasik dan empangannya turut merosot. Misalnya di Sungai Paluxy, kesan tapak kaki dinasour ditemui selepas sungai itu mengering.

Tapak kaki itu dipercayai milik dinasour Acrocanthosaurus , yang mempunyai ketinggian 15 kaki dan seberat 7 tan.

Sumber: Bussines Insider | SiakapKeli

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.