“Who hurt u?”, Seakan Persend4kan Ryan Bakery Menjadi Artis Dengan Mudah, Ramai Luah Tak Puas Hati

Nama Ryan Bakery rasanya tidak perlu diperkenalkan. Dengan konten-konten ‘nostalgia’ tentang kehidupan seharian sewaktu diusia kanak-kanak dan remaja, pemuda berkenaan berjaya mengumpul pengikut yang tersendiri.

Bukan itu sahaja, bahkan kejayaan demi kejayaan yang diraih, TikToker berusia 27 tahun itu telah berpeluang bekerjasama dengan pel4wak yang juga usahawan terkenal, Shuib Sepahtu untuk merasmikan satu lagi francais BubbleBee di Seri Iskandar, Perak.

Persenda kejayaan ‘populariti’ Ryan Bakeri

Terbaharu, sebuah portal akhbar temp4tan telah memuat naik sebuah ilustrasi mengenai cara seseorang individu mudah meraih populariti pada masa ini.

Menerusi ciapan dikongsikan oleh @kosmo_online, dilihat terdapat dua situasi berbeza yang ditunjukkan antara ‘popular’ pada zaman dahulu dan sekarang di mana mereka perlu tampil dalam beberapa drama atau iklan untuk menjenamakan nama di khalayak ramai.

Namun, lain pula pada masa sekarang di mana mereka hanya perlu merakam aksi spontan atau apa-apa sahaja untuk dijadikan sebagai konten bagi meraih populariti.

Dalam ilustrasi tersebut, dilihat kartunis seakan-akan menggunakan ‘Ryan Bakery’ sebagai contoh terdekat dengan menggunakan ‘bedak’ sebagai kunci utama bagi meraih popular.

Who hurt u?

Bagaimanapun, ilustrasi daripada karikatur portal tersebut telah menarik perhatian ramai termasuk seorang pengguna dikenali @ctnajihahzamani yang memuat naik semula di laman Twitter miliknya.

Pengguna itu meluahkan kekecewaannya apabila portal tersebut menggunakan ‘Ryan Bakery’ sebagai contoh individu terdekat yang meraih populariti dengan taktik murahan.

“Takde sesiapa ada masalah dengan Ryan Bakery kecuali Kosmo. You hurt u (siapa sakiti kamu?),”ciapnya.

Memang patut famous pun sebab kreatif dan hiburkan orang

Ciapan itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana rata-rata meluahkan pendapat yang sama. Mereka berpendapat Ryan Bakery patut mendapat populariti kerana setiap konten yang dihasilkan olehnya sangat kreatif.

Hensem, cantik pun tak guna kalau berlakon kayu..

Malah, mereka turut membandingkan Ryan Bakery dengan barisan pelakon baharu yang cuma bergantung pada kecantikan dan ketampanan semata-mata.

Gambar tu tak ada masalah pun…

Di saat ramai mengkritik ilustrasi tersebut, terdapat warganet bersependapat dengan mesej yang cuba disampaikan oleh kartunis portal tersebut dengan mengatakan ia hanyalah perbezaan raih populariti masa dulu dan sekarang sahaja. Tiada makna tersirat lain pun.

Sumber: Twitter @ctnajihahzamani & @kosmo_online | OMM

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.