Awan Ungu Misteri Muncul Di Langit Chile, Ramai Penduduk Risau

Warna ungu sememangnya sering menjadi warna kegem4ran ramai, namun jika tiba2 awan di langit berubah dari warna putih menjadi ungu, ia boleh menimbulkan kegusaran ramai.

Itulah yang berlaku di sebuah bandar di Chile baru-baru ini apabila awan misteri berwarna ungu muncul di tempat tersebut, lapor The Sun.

Kejadian awan berwarna ungu itu telah menyebabkan penduduk di situ bimbang kerana takut ada fenonema alam yang boleh membahayakan mereka.

Gambar kejadian tersebut juga telah viral di media sosial negara itu.

Rupa2nya, ‘awan’ ungu itu terjadi akibat wap iodin meresap d4ri sebuah lombong iaitu lombong Cala Cala.

Ia berlaku disebabkan kegagalan fungsi pam di lombong itu yang dimiliki oleh syarikat Saltpetre and Iodine Company. Maka, terb3ntuklah ‘awan’ berwarna ungu itu.

Menurut pegawai alam sekitar, kegagalan pam itu t3lah menyebabkan iodin dari lombong itu bertukar dari bentuk pepejal menjadi gas.

Apabila dipanaskan, elemen itu akan membentuk wap berwarna violet. Iodin asli juga berwarna ungu.

Setakat ini, tiada laporan berkenaan masalah kes1hatan yang dialami oleh penduduk di situ yang diakibatkan oleh kejadian ‘awan’ ungu itu.

Pihak berwajib kekal ber4da di lokasi kejadian untuk memantau situasi itu selama 48 jam.

Nasib baik bukan fenomena alam semula jadi yang luar biasa. Kalau tak, mesti lagi kecoh kan.

Sumber: The Sun | LobakMerah

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.