NASA Dedah Temui Planet Baharu Yang ‘Dihampari’ Lautan, Setahun Bersamaan 11 Hari Di Bumi

Satu planet baharu yang berpotensi mempvnyai lautan dipercayai telah ditemui oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) melalui Transiting Exoplanet Survey Satellite (TESS) baru-baru ini, lapor Unilad.

Planet yang dinamakan TOI-1452 b itu berjarak 100 juta tahun cahaya dari bumi dan mengorbit dalam sistem bintang binari dalam kal4ngan buruj Draco. Hal ini juga bermakna setahun di planet itu hanya mengambil masa selama 11 hari sahaja.

Penemuan planet itu telah dilakukan oleh sekumpulan ahli astronomi di Université de Montréal menggunakan TESS dan k4jian mengenainya telah diterbitkan dalam The Astronomical Journal.

Walaupun masih banyak lagi penyelidikan yang perlu dijalankan, planet baharu itu dipercayai 70 peratus lebih besar daripada bumi dan ketumpatannya mungkin konsisten dengan lautan dalam.

Penulis utama bagi kajian itu, Charles Cadieus berkata ia merupakan salah satu calon terbaik untuk planet lautan yang mereka temui setakat ini.

“Jejari dan jisimnya mencadangkan ketumpatan yang jauh lebih rendah daripada apa yang diharapkan untuk planet yang pada asasnya terdiri darip4da logam dan batu, contohnya seperti bumi,” katanya.

Lebih mengejutkan, planet itu juga berada di kedudukan yang dekat dengan bintangnya dan mengumpul suhu sederhana yang berpotensi menyokong kehidupan.

Bagaimanapun, jenis kehidupan d4n berapa lama ia boleh berk3mbang maju masih menjadi tanda tanya.

Eksoplanet itu perlu menjalani pemerhatian lanjut dengan Teleskop Angkasa James Webb Nasa yang terkenal dengan resolusi inframerah yang tinggi dan b0leh merakam dalam jarak yang jauh.

Penemuan itu sekaligus mengingatkan kep4da filem Interstellar karya Christopher Nolan yang memaparkan babak di mana angkasawan mel4wat planet Miller yang diliputi lautan cetek yang tidak berpenghujung.

Sumber: Unilad | Siakapkeli

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.