Netizen Kecam Tindakan P0lis ‘Sound’ Sekuriti Lepas Kena ‘Clamp’, Ugut Nak Tangkap Bila Jadi Inspektor Nanti

Tidak kisahlah siapa kita sekalipun, semua orang tidak terkecuali daripada mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Selain melambangkan pentadbiran yang adil, ia juga boleh mengekalkan keamanan sejagat.

Pun begitu, tak dinafikan, kadangkala ada sesetengah orang menganggap status atau pekerjaan melayakkan diri mereka untuk dikecualikan daripada mengikut mana-mana undang-undang. Seperti yang berlaku di sebuah kond0minium di daerah Bang Sue, Thailand ini dimana seorang anggota polis telah memarahi dan mengugut 2 orang pengawal sekuriti kerana ‘clamp’ tayar motosikalnya.

Portal berita Kosmo! melaporkan, pegawai polis yang tidak didedahkan identitinya itu enggan membayar denda parkir berjumlah RM185 yang dikenakan padanya. Tidak cukup dengan itu, pegawai terbabit juga beberapa kali menekankan kerj4nya sebagai seorang pegawai polis dan mengugut akan menahan dua pengawal sekuriti itu apabila dia dinaikkan pangkat ke inspektor kelak.

“Siapa yang clamp motor ni? Tak nampak ke logo polis? Kau nak tanggungjawab ke kalau aku tak dapat berkhidmat dengan pemotoran diraja tepat pada masanya?”

“Aku dah lama tinggal kat kondo ni dan d4h bercakap dengan ahli undang-undang tentang tempat parking sejak berpindah. K0rang tak cukup k3nal aku! Jumpa kat mahkamah! Aku akan kemukakan aduan pasal korang!” kata pegawai polis berken4an.

Media tempatan melaporkan, 2 peng4wal sekuriti itu mengaku memang mereka ada mengunci tayar motorsikal pegawai terbabit dan berkata mereka hanya menjalankan tugas pada ketika itu.

Pegawai polis berkenaan juga ada meng4rahkan dua pengawal sekuriti itu untuk membenarkan semua polis meletakkan kenderaan di kondominium itu secara percuma pada masa akan datang.

“Korang memang b*d*h! Bila aku jadi inspektor nanti, siap lah! Aku t4ngkap korang!” kata pegawai itu lagi.

Tidak mengejutkan apabila isu berkenaan mula tular dan pegawai polis terbabit menerima kecaman hebat daripada pengguna media sosial. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Polis Diraja Thailand susulan isu itu.

Sumber: Kosmo! | LobakMerah

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.