Tindakan Lelaki Sel4mba Ajak Gadis Duduk Satu Pelampung Main Gelongsor Air Bikin Netizen Terhibur!

Kalau pergi taman tema air tak sah kalau kita tak sewa pelampung untuk main gelongsor air lebih-lebih lagi bersama keluarga atau kawan2. Orang kata memang tak lengkaplah!

Tapi korang pernah dengar tak ada juga orang yang bertindak pergi bersendirian ke taman tema air tanpa sesiapun di sisi. Self-healing la katakan.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki yang bersendirian pergi ke salah sebuah taman tema air di Lembah Klang.

Pergi sorang ke taman tema air, siap ajak orang naik gelongsor sekali!

Video berdurasi 44 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok Arif Aiman yang memaparkan tindakannya pergi bersendirian ke taman tema air di Shah Alam.

Yang paling menarik, dia siap ajak l4gi orang naik gelongsor sekali! Hahaha memang berani!

Menerusi video tersebut, salah sebuah gelongsor air di sana memerlukan dua orang dalam satu pelampung pada awalnya.

Memandangkan dia bersendirian dan tiada teman, dia telah bertindak mengajak secara rawak seorang gadis untuk bersama menaiki gelongsor air. Nasib baik akak tu terima je ajakan!

“Assalamualaikum… hai, korang ada partner tak? Nak naik sekali tak?”

Netizen terhibur dan terpegun melihat keberanian lelaki itu

Video tersebut meraih perhatian netizen dimana rata-rata daripada mereka terhibur dengan tindakan lelaki itu yang sangat berani menyapa orang awam untuk menaiki gelongsor bersama.

Ada yang siap tanya tips lagi bagaimana untuk jadi confident dengan orang awam. Hahaha!

Salute dengan abang ni! Kalau min silap hari bulan tak cuba la gelongsor air tu sebab sampai ke sudah malu hahahaha!

Sumber : LobakMerah

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.