[VIDEO] Nak Kongsi Gaji Pertama Dengan Ibu, Wanita Menangis Tersilap ‘Transfer’ Ke Akaun Orang Lain

Baru-baru seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila hasratnya untuk berkongsi sebahagian wang hasil gaji pertamanya kep4da ibu tidak kesampaian gara-gara tersalah ‘bank in’ kepada orang lain.

Tersalah ‘transfer’ ke akaun orang lain

Kisah tersebut dikongsikan oleh Fahada Bistari menerusi satu video di TikTok. Menurut Fahada, pada awalnya dia berniat mahu membuat kejvtan dengan berkongsi hasil gaji pertamanya bersama ibu tersayang namun siapa sangka, disebabkan tidak menyemak butiran penerima terlebih dahulu, dia akhirnya tersilap memindahkan wang tersebut ke akaun milik orang lain.

Hari ni dapat gaji pertama. Tak banyak m4na lah kan, baru beberapa hari kerja. Lepaas tu aku bank in lah dekat mak aku. Nak jadi cerita, tersalah bank in dekat orang lain.

Menurut Fahada, dia hanya menyedari kesilapannya itu selepas menghantar resit pemindahan wang kepada ibunya. Si ibu kemudian mendakwa tidak menerima sebarang wang seperti yang diberitahu Fahada. Selepas menyemak butiran, terny4ta dia tersalah memindahkan wang tersebut ke akaun bank orang lain. Tambah Fahada lagi, akaun bank tersebut merupakan milik individu yang pernah berurusan dengan keluarganya sebelum ini.

Lepas tu mak pun bagi la nombor telefon pemilik akaun tu. Dah hubungi dia tapi tak dapat respon. Dia cakap, kak sedekah je lah dapat pahala. Aku bukan tak nak sedekah, tapi gaji aku sikit je dan memang niat nak bagi mak. Walaupun sikit, tapi banyak sebab aku percaya kalau bagi mak, nanti aku akan dapat lebih lagi.

Dalam kesempatan itu, Fahada berharap agar wang tersebut dapat dikembalikan semula. Fahada menganggap apa yang terj4di ini adalah ujian diberikan Allah SWT kepadanya. Bukan itu sahaja, ianya juga boleh dijadikan pengajaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati sewaktu membuat transaksi bank.

Video

Sumber: Fahada Bistari | OhBulan

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.