Semalam kita telah menyaksikan isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan d3nda sebanyak RM970 juta atas sabitan 3 pertuduhan rasuah yang dikaitkan dengan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.
Menurut perkongsian wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap di Twitter, hukuman denda RM970 juta yang dikenakan kepada Rosmah ad4lah jumlah tertinggi yang pernah dikenakan terhadap mana-mana pesalah mengikut akta SPRM. Uish!
Hukuman denda RM970 juta dikenakan terhadap Rosmah Mansor adalah jumlah tertinggi pernah dikenakan terhadap mana-mana pesalah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) September 1, 2022
“Adakah sesiapa mampu membayar jumlah itu?” – Peguam Rosmah
Menurut Malaysiakini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menetapkan jika Rosmah gagal membayar denda tersebut, dia bakal dikenakan tamb4han 30 tahun penjara.
Menerusi sidang akhbar semalam, peguam Rosmah, Jagjit Singh berkata bahawa denda yang dikenakan seperti itu tidak pernah berlaku seb3lum ini dalam sejarah sistem perundangan Malaysia.
“Denda ialah RM970 juta, iaitu hampir satu bilion ringgit. Anda beritahu saya, adakah sesiapa mampu membayar jumlah itu? Saya sendiri tidak mampu.
“Sekarang anak guam kami perlu mendapatkan hampir RM1 bilion, dan dia tidak mempunyai sumber pendapatan,” katanya kepada pemberita.
Jagjit juga berkata, notis rayuan telah diberikan kepada mahkamah dan proses tersebut mungkin akan mengambil masa lebih kurang 6 bulan.
Dalam pada itu, dia juga kesal dengan keputusan mahkamah yang menolak permohonan mereka untuk singkirkan hakim perbicaraan Mohamed Zaini Mazlan daripada kes itu.
“Anak guam kami boleh pulang ke rumah dan bersama keluarganya malam ini.
“Kami akan memfailkan rayuan dalam masa yang ditetapkan paling awal bagi keseluruhan penghakiman ketiga-tiga kes itu.
Akan ada juga notis rayuan ke atas permohonan (untuk menyingkirkan hakim perbicaraan Mohamed Zaini Mazlan) yang ditolak, yang sepatutnya kita dibenarkan merayu tetapi tidak mengapa kerana kita semua melakukan kesilapan dalam hidup,” jelasnya lagi.
Sumber : Lobakmerah