Kena ‘Sidai’ Lama, G3ng ‘Moto’ Tetap “Sporting”, Bagi Jalan & Siap Lambai Konvoi Askar

Semalam, semasa berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65, pelbagai peristiwa dan detik manis dilaporkan berlaku. Namun, yang pastinya rakyat Malaysia tetap bersemangat dan bersama-sama sehingga acara tersebut berakhir.

Di atas nama sayangkan Malaysia, mereka setia memberi sokongan dan sorakan padu terhadap semua para peserta acara perarakan yang berkorban masa melakukan raptai sebelum ini. Paling mencuri tumpuan, sudah tentunya perbarisan anggota tentera kita kerana dimana sahaja mereka berada, orang ramai sentiasa memberikan sambutan yang cukup meriah.

Misalnya, menerusi video Tik Tok yang dimuat naik di laman milik Fiza Jaafar, dia berkongsi detik di mana sekumpulan penunggang motosikal berhenti di tepi jalan untuk memberi laluan kepada konvoi anggota tentera yang meny3rtai sambutan Hari Kebangsaan 2022.

“Bangga dengan hangpa…”

“Kena sidai pun takpa…”

Sesungguhnya, sambutan Hari Kebangsaan 2022 benar2 terasa berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, apataha lagi acara seumpama ini terpaksa ditangguhkan dalam dua edisi terdahulu selepas dunia dilanda Covid-19.

Semoga jalinan ukhwah dan semangat perpaduan yang ditunjukkan sepanjang bulan kemerdekaan ini berkekalan sampai bila-bila.

Sumber: Fiza Jaafar (Tik Tok) | SiakapKeli

About admin

Check Also

‘Berpada-Pada Mengata & Menghina Isu Poligami’ – Nora Ariffin

Sejak akhir-akhir ini, isu poligami menjadi satu topik hangat yang diperkatakan di media sosial. Jangan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *