Aku blk kg tanya lbu apa d0sa aku smpai nasib malang camni, dgn laju lbu jawab.. Aku nangis meraung

Gambar sekadar hiasan. Assalam para pembaca sekalian. Nama aku Cik Mawar, berusia 31 tahun. Walaupun nama aku Cik Mawar, nasib hidvp aku macam cinderella, malah lebih terok. Aku seorang yang cemerlang dalam pelajaran tapi aku bukanlah jenis yang bercita cita tinggi. Nak ambil course apa dekat universiti dulu pun aku tak tahu nak ambil course apa. Atas nasihat orang sekeliling, aku ambik course y4ng menjanjikan kerja sejurus habis belajar.

Pekerjaan aku pekerjaan yang professional. K3rja kerajaan dan bergaji 5k++. Tapi, nasib malang bermula pada bulan 5 tahun lepas, aku diberhentikan kerja dengan serta merta.

Bagaimana terjadi, kisahnya agak panjang dan ianya akan menjadi satu lagi karangan ngeri disebabkan nasib aku yang malang, yang tak pandai membela diri sendiri dan mengalah diam saja.

Cuma, aku makin jarang balik memikirkan kos tol dan minyak. Kadang kadang, aku hanya pindahkan wang pada kakak aku untuk diberi belanja pada ibu untuk mengurangkan kos ulang alik ke kampung.

Sekarang, aku di kampung setelah l4ma tak pulang akibat PKP. Sedang bersembang di dapur, akhirnya aku bagitahu pada ibu yang aku sudah tidak bekerja tetap. Aku menangis ketika itu.

Ibu terkejut dengan peng4kuan aku. Ibu bertanya sud4h berapa lama, aku jawab jujur sudah setahun.

“Ibu minta maaf, ibu tak tahu. Kereta bayar m4cam mana?” Aku jawab yang aku korek duit tabung haji untuk tampung kos hidup aku sekarang ini.

Ibu sekali lagi minta maaf pada aku. Entah untuk apa, aku pun kurang pasti. Air mata aku masih laju keluar. Bukanlah niat aku balik kali ni untuk berterus terang dengan ibu tapi ada sesuatu yang sentiasa bermain di benak fikiran aku. Sambil menangis teresak terasak aku bertanya pada ibu,

“Orang tak tahu kenapa hidup orang jadi mac4m ni bu. Orang tak ada apa apa. Orang tak ada rezeki kerja, tak ada rezeki hubungan yang baik dengan suami, tak ada rezeki anak. Orang ada buat perkara yang ibu tak redha kat orang ke. Orang ada dosa dengan aruwah abah ke…”

Laju ibu menjawab,“Tak ada, nak… Ibu tak pernah doa buruk buruk untuk anak ibu. Ibu halalkan tiap titis susu ibu pada anak anak ibu.

“Orang bukan nak tak nak bagitahu ibu, tapi orang tak nak ibu susah hati tentang orang”“Seorang ibu mesti susah hati tengok anaknya derita tak bahagia susah macam ni”.

“Orang rasa nak bnvh diri. Sebab orang tak nak susahkan siapa siapa”. “Jangan, nak… Allah benci yang tu”

Aku tahu Allah benci, tapi dugaan ni tak tertanggung. Aku tahu Allah bebani hambaNya sesuai dengan apa yang boleh ditanggung… tapi dugaan serentak begini, aku sebenarnya tidak mampu.

Keinginan membnvh diri itu menjengah sekali sekala. Bagaimana cara untuk bnvh diri dengan mudah, aku pernah google. Tapi jawapannya hampa. Yang pernah google je tahu apa jawapan yang google bagi.

As expected, ibu aku susah hati. Kerana itulah aku mer4hsiakan semua ini tapi aku tak mampu nak tanya apa yang bermain di benak fikiran aku, tanpa ku berkata jujur pada ibu.

Aku sebenarnya ingin beritahu setelah aku mendapat kerja yang stabil tapi aku takut. Aku takut kerana tak ada redha ibu lah, aku jadi begini. Tanpa redha ibulah aku tak mampu dapat kerja tetap.

Masa ibu solat zohor, aku perasan ibu menangis ketika berdoa. Juga di solat asarnya pada petang itu. Sekali sekala ibu berkata pada aku boleh amalkan surah Yasin dan Waqiah untuk murah rezeki.

Mak juga hadiahkan seutas tasbih untuk aku sentiasa berzikir. Aku bagitahu mak aku ada berzikir tapi hanya menggunakan jari untuk bilangan. Mak cakap susah nanti lost track.

Aku ada berdoa, tapi aku tahu doa ibu lebih mujarab. Lebih mudah sampai pada yang maha mendengar lagi mengasihani. Doa seorang ibu lebih mudah diangkat, lebih mudah termakbul.

Macam zoroe zoroe (ntah macamana sebut) aku cuba guna senjata terakhir aku. Untuk itu, aku terpaksa bayar dengan berterus terang.

Lepas pengakuan berani mti itu, aku bawa ibu keluar beli barang dapur. Ibu banyak kali cakap dia nak bayarkan. Aku tak sampai hati juga, aku bayarkan.

Kami dari keluarga susah, ibu cakap ibu tak mampu nak bagi aku apa2 selain airmata. Ibulah yang paling memahami sedalam dalamnya isi hati anaknya ini.

Yang sudi membaca, sudi sudi lah doakanlah aku agar dimurahkan rezeki dari segi pekerjaan, anak dan hubungan yang baik bersama suami aku.

Untuk pengetahuan korang, suami ada menyatakan hasrat untuk berpisah 2 minggu yang lalu. Mana tahu, doa rawak korang ada juga yang diangkat.

Untuk itu, aku dahuluukan dengan ucapan terima kasih. Moga bahagia milik kita diakhirnya walau bagaimanapun, pengakhirannya itu.

Dan… Sebelum pulang ke bandar, aku ada menyatakan hasrat pada ibu, jika aku mti nanti… bawa aku pulang. Aku ingin pulang. Sekali lagi, ke sisi ibu.

Sumber – Cik Mawar (Bukan nama sebenar) via IIUMC/edisimedia | BelumBalik

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.