[VIDEO] Fenomena Awan Tebal & Gelang Cahaya Aneh Di Kaki Langit China, Gemparkan Penduduk

Penduduk di Haikou, selatan Hainan, China digemparkan dengan kemunculan awan aneh beserta cahaya seperti langit di kaki langit kota itu, 21 Ogos lalu.

Fenomena aneh itu menyebabkan or4ng ramai bingung kerana kelihatan seolah-olah tergantung rendah di kaki langit. Menerusi video yang tular di laman twitter, ia menunjukkan gelang cahaya muncul di tengan-tengah dua bentuk awan.

Awan di bahagian bawah kelihatan lebih tebal dan bewarna gelap manakala awan dibahagian atas pula kelihatan lebih cerah. Pada g3lung cahaya itu, dapat dilihat warna-warna seperti kuning, hijau, biru, iren dan beberapa warna yang lain lagi.

Video berkenaan nyata berjaya mencuri tumpuan orang ramai apabila memperoleh lebih 28 juta tontonan dalam tempoh yang singkat sahaja.

“Ini merupakan beberapa imej y4ng sangat menarik,” kata Mathew Box, Pakar Meteorologi Operasi kepada MailOnline.

Menurut Mathew, fenomena berkenaan dipercayai adalah pembentukan awan pileus dan ia adalah fenomena biasa, dimana cahaya mat4hari dipancar daripada sudut yang lebih rendah mengenai awan yang terdiri daripada kristal ais. Hasil pembiasan cahaya itu akan menampakkan fenomena seakan pelangi.

Awan Pileus biasanya hanya berlaku dalam tempoh yang singkat dan akhirnya diserap oleh awan yang muncul di bawahnya melalui pr0ses perolakan.

Mathew turut menjelaskan bahawa cahaya yang dihasilkan oleh awan Pileus selalunya tidaklah secerah cahaya yang dirakam menerusi video tersebut.

Sumber: DailyMail | SiakapKeli

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.