Minggu lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ada meramalkan bulan November tahun ini bakal berlakunya banjir b3sar disebabkan hujan lebat dari pertengahan sehingga hujung bulan tersebut.
Dalam laporan Berita Harian, Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata ia disebabkan fenomena La Nina d4n dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.
PRU bakal diadakan pada bulan Nov3mber?
Seperti yang kita sedia maklum jika mengikut kalendar Malaysia, Pilihanraya Umum (PRU) mungkin diadakan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.
Disebabkan itu, menerusi laman media sosial Twitter, ada netizen yang meminta agar PRU tidak diadakan pada bulan November, ia bvkan sahaja membuatkan pergerakan sukar tetapi ia juga bakal mengancam keselamatan rakyat Malaysia.
Fenomenan La Nina akan bawa banjir besar November ni. Akan mengancam 5 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak & Selangor – Kosmo
Korang boleh get ready dah. Xyah berharap sepenuhnya pada kerajaan. Time tu mungkin depa tengah sibuk dengan PRU & fikir siapa nk jadi PM pic.twitter.com/QNgfZXyZJc
— Naz 🍥 (@_NazriH) September 7, 2022
Setakat artikel ini ditulis, tweet tersebut telah mendapat hampir 5K retweet dan rata-rata netizen mengharapkan perkara yang sama malah, ramai juga yang risau tentang keselamatan diri dan keluarga.
Tidak kurang juga mereka yang berkongsi tips dan persiapan bagi menghadapi bencana alam tersebut.
Semoga Malaysia sentiasa selamat…
Sumber : LobakMerah