“Pksa buat projek dalam kereta..” Tak puas cium pipi, kawan ayah cuba buka seluar! Gadis sempat rakam aksi lelaki durjana

Bagi mangsa kes amang seksual, kejadian hitam itu merupakan episod yang cukup memberi kesan besar dalam hidup mereka.

RAKAMAN VIDEO TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI

Perkara sama terpaksa dilalui gadis bernama Siti Fazrani Sunizat Khan, 17, apabila dia cuba dicabul oleh rakan bapanya send1ri dalam kejadian pada 18 Oktober 2021.

Imbas Siti Fazrani yang mesra disapa Nonoi, ketika kejadian dia diminta ibunya untuk menemani lelaki berkenaan ke rumah teman wanit4nya di sekitar Selangor dengan menaiki kereta.

Katanya yang merupakan anak ke empat daripada enam beradik, lelaki berkenaan kemudian memberhentikan kereta di tepi sebuah bendang.

Apabila pelawaan melakukan perkara tid4k baik itu ditolak berkali-kali, lelaki berkenaan akhirnya meneruskan perjalanan.

Namun selepas beberapa minit perjalanan, lelaki ini memberhentikan kereta buat kali kedua di sebuah simpang yang sunyi dan dikelilingi pokok kelapa sawit.

Dia stop dekat satu jalan sempit tu jadi saya terus panik. Saya tanya kenapa berhenti lagi bang. Jalanlah… saya nak balik.

Dia cakap ‘layanlah abang kejap saja. Abang tak buat apa pun dekat adik. Sini rapat dekat abang’. Saya gelabah sangat masa tu. Saya terus ambil telefon letak tepi peha dan sempat rakam.

Ada pergelutan kecil berlaku sebab nak protect diri daripada abang tu. Dia tarik tangan dan pinggang supaya rapat dengan dia tapi saya tolak. Dia cuba lagi tarik dan peluk bahagian perut lepas tu cium pipi kanan sebanyak dua kali, kata Nonoi mengimbas kejadian hitam berkenaan.

Takut dengan apa yang terjadi padanya ketika itu, Nonoi menjerit namun disuruh diam oleh lelaki tersebut.

Masih tidak berputus asa, lelaki tersebut bertindak lebih agresif dengan cuba membuka seluarnya sendiri.

Nonoi yang semakin cemas melihat perbuatan lelaki itu mula menangis dan merayu agar dia dihantar pulang.

Apabila saya nangis dia gelabah dan berhenti daripada cubaan nak apa-apakan saya. Masa dalam perjalanan tu dia minta supaya saya tidak ceritakan tentang hal ni pada mama dan ayah.

Apabila sampai rumah saya terus turun kereta dan masuk rumah. Saya ceritakan apa yang terjadi tu dekat mama dan tunjuk rakaman tu. Kami terus pergi balai polis dan buat laporan bersama bukti.

Polis mulakan operasi cari dia malam tu juga dan mereka meng4wasi rumah bagi mengelakkan pelaku apa-apakan saya.

“Keluarga lelaki tu ada datang rumah minta saya tarik balik kes, siap t4warkan wang RM2,000 tapi saya tolak, imbasnya.

Setelah hampir sebulan misi mencari suspek, lelaki tersebut berjaya diberkas oleh pihak.

Menurut Nonoi pada November tahun lalu, Mahkamah Kuala Selangor akhirnya menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan kepada pelaku atas dakwaan melakukan jenayah seksual.

Terdahulu, Nonoi berkongsi rakaman insiden kejadian hitam berkenaan di TikTok sebelum ia dipadam oleh pengendali platform berkenaan.

Ujar Nonoi perkongsian berkenaan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada wanita di luar sana agar lebih berhati-hati.

Tonton Video :

Sumber Mstar | belumBalik

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.