[VIDEO] Jarak hanya 15 minit, tapi pengantin teriak tengok keluarga gerak balik

Sudah biasa ‘berkepit’ sepanjang masa, selepas selamat bernikah pasti merasakan tiada kekuatan untuk berpisah daripada ahli keluarga terutama bagi pengantin perempuan.

Situasi seperti itu terjadi kepada seorang wanita, Nur Sukma apabila bersedih terpaksa berjauhan dengan keluarga selepas seles4i majlis bertandang di rumah keluarga suaminya.

Video ‘drama’ air mata itu dimuat naik sendiri oleh Nur Sukma di aplikasi TikTok memaparkan dia menangis teriak seolah-olah tidak membenarkan ibunya pulang ke rumah.

Lebih melucukan apabila peng4ntin berusia 19 tahun itu berkata, jarak antara rumah mentua dan ibu bapanya hanya mengambil masa 15 minit, bukan perlu ‘meredah’ negeri lain.

Rakaman berdurasi 37 saat itu kelih4tan Nur Sukma yang mengenakan persalinan berona ‘baby blue’ hanya mampu sebak saat ahli keluarga lain bergelak ketawa melihat gelagatnya.

Video tanpa muzik

Malah, ibunya juga sempat berseloroh mengatakan solekan pada wajah pengantin akan pudar sekiranya terus ‘memberontak’ dengan cara demikian.

Meninjau di ruangan komen, video meraih lebih 460,000 tontonan itu mendapat pelbagai reaksi yang rata-rata turut terhibur dengan tindakan emosi Nur Sukma.

Kadang2 bukan sebab kena tinggal, tapi…

Tiba2 aku pun risau nanti

Aku pun macam ni ke nanti?

Saya dulu pun macam ni

Nur Sukma yang juga stokis produk kosmetik mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hakimie Ahmad pada 5 September lalu.

Sumber: TikTok @_nrsukmaaaaaa | OMM

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.