Dituduh Ada Scandal Dengan Usahawan Sejak 2019, Shuib Akhirnya Buka Mulut

Baru-baru ini, hangat diperkatakan isu mengenai pelakon dan pelawak Shuib yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan sulit bers4ma seorang usahawan wanita.

Malah terkini, Shuib terpalit dengan dakwaan yang mengatakan bahawa dia ada ‘skandal’ dengan usahawan tersebut, Watie Hanifiah sejak tahun 2019. Ia susulan dengan satu video tular wanita terbabit sedang bermain golf dan berlatar belakangkan suara lelaki mirip Shuib.

Bukan saya – Shuib

Oleh sebab itu, Shuib tampil buka mulut dengan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu, katanya lelaki dalam video tersebut bukanlah dirinya.

Memetik laporan Harian Metro, Shuib mengat4kan tuduhan tersebut sangat tidak adil buat dirinya dan arwah isterinya Allahyarham Siti Sarah.

“Saya menafikan apa yang berlegar di media sosial berhubung satu video yang menunjukkan Watie sedang memukul bola golf dan ada kedengaran seperti suara saya.

“Ada yang mengatakan saya sudah lama mempunyai skandal dengan wanita itu sejak 2019. Tuduhan itu sangat tidak adil dan baik untuk saya dan Allahyarham Siti Sarah.”

Shuib turut menjelaskan suara yang dikatakan mirip dengannya itu tidaklah sama seperti suaranya.

“Kalau dengar semula rakaman itu memang perkataan ‘nice’ yang disebut seorang lelaki mirip suara saya, tapi individu di belakang dalam video itu bukan saya. Tak sama langsung. Biasalah kalau satu ayat senang dan boleh sama tapi suara itu bukan saya dan sangat kelakar.

“Setakat suara semua orang boleh tiru dan mungkin ia satu kebetulan yang tidak disangka-sangka.”

Malah Shuib juga memberikan penjelasan kukuh untuk menegaskan bahawa lelaki tersebut bukanlah dirinya. Jelasnya, video tersebut dimuat naik pada tahun 2019 manakala dia mula bermain golf pada tahun 2020.

“Video yang dimuat naik Watie adalah bertarikh 2 April 2019, yang mana pada tahun terbabit saya belum pegang kayu golf lagi. Saya tak tahu mengenai sukan itu pun.

“Saya mula bermain golf pada Mei 2020. Ketika itu negara masih melaksanakan PKP tapi sukan golf saja diberi kelonggaran. Sejak itu saya mula menghubungi rakan-rakan untuk bermain sukan ini.”

Malah Shuib turut menggesa orang ramai supaya rujuk sendiri di laman Instagram miliknya untuk lihat sendiri..

Sumber : LobakMerah

About admin

Check Also

[VIDEO] Tular Rak4man CCTV, Wanita Dicvlik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.