Shah Rukh Khan Ded4h Hampir Jadi ‘Mangsa’ Gangster, Tapi Dil3paskan Sebab Terlalu Baik

Siapa sahaja tak kenal dengan nama Shah Rukh Khan (SRK) kan? Sejak dari awal penglibatannya pada tahun 1997 dalam industri filem Bollywood, beliau telah berlakon dalam lebih 100 buah filem dan antara filem ikoniknya termasuklah Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Kushi Khabie Gham dan My Name Is Khan.

Untuk pengetahuan semua, pada akhir 1990-an, terdapat banyak aktiviti gangsterisme di India, mereka ini ‘memegang’ semua industri termasuklah industri hiburan.

Semasa fasa tersebut, Rakesh Maria, yang merupakan pegawai kanan polis pada masa itu, menghubungi pengarah Mahesh Bhatt d3ngan penuh bimbang kerana mereka telah menerima berita bahawa Abu Salem “akan membunbh Shah Rukh Khan.”

Abu Salem adalah dalang di sebalik pen3mbakan Gulshan Kumar dan dia terkenal kerana memeras ugut wang daripada penerbit filem dan menurut maklumat yang diterima polis, Abu Salem menyasarkan SRK kerana pelakon itu menolak tawaran filem yang dibuat oleh rakan penerbitnya.

Menurut Indian Express, di ketika itu SRK sedang menjalani penggambaran filem Dil To Pagal Hai dan disebabkan itu beliau terp4ksa menolak tawaran filem kenalan gangster tersebut.

Abu Salem kemudian menelefon SRK secara peribadi selepas itu, dia terus mematahkan niatnya untuk membvnuh pelakon ternama itu kerana SRK dikatakan mempvnyai sifat yang baik.

“Orang memberitahu saya bahawa anda sangat bongkak tetapi anda seorang lelaki yang baik. Sekarang anda tidak memerlukan polis. Saya tidak akan membvnuh awak.” kata Abu Salem.

Walaupun Abu Salem telah menyatakan sedemikian, pengawasan keselamatan pelakon itu masih ketat dan beliau dijaga dengan begitu rapi.

Inilah yang dikatakan, buat baik dibalas baik!

Sumber : LobakMerah

About admin

Check Also

Dituduh Ada Scandal Dengan Usahawan Sejak 2019, Shuib Akhirnya Buka Mulut

Baru-baru ini, hangat diperkatakan isu mengenai pelakon dan pelawak Shuib yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.