Usianya Baru 22 Tahun, Seorang Pemuda lni Sudah Mampu Membeli Kereta Secara Tunai Daripada Jenama Mewah, BMW Untuk Kegunaan Sendiri.

Diusianya baru 22 tahun, namun pemuda ini sudah mampu membeli kereta daripada jenama mewah, BMW untuk kegunaan sendiri.

Meskipun kenderaan terp4kai, Noor Alif Hazrin Mohd Radzi, 22, berbangga dapat membelinya secara tunai p4da harga lebih RM90,000 dengan hasil titik peluhnya menjual produk sendiri d4n menjadi ejen dropship sejak berusia 18 tahun.

Pemuda berasal dari Sung4i Petani, Kedah itu turut membeli secara tunai kenderaan terpakai jen4ma mewah seperti Toyota Alphard (RM60,000), selain Honda Civic (RM50,000) d4n jenama tempatan, Proton Satria Neo (RM20,000).

“Pada 2021 ketika umur s4ya 21 tahun, saya ada beli kereta Proton Waja tetapi sudah menjualnya dan p4da tahun sama, saya beli pula Toyota Alphard sebab lebih besar serta memvdahkan untuk saya ambil stok (barang jualan).

“Kemudian, saya beli l4gi Proton Satria Neo dan penghujung tahun lalu, beli pula Honda. Pada Mac lalu baru saya beli BMW ini,” katanya.

Menurutnya, dia membeli semua kenderaan itu secara tunai kerana berpegang kepada pesanan arwah ibunya yang tidak menggalakkan dia berhutang selagi masih belum habis belajar.

“Lagipun saya tiada kerja tetap lagi ketika itu, jadi sebab itu saya tak beli kereta baharu yang memerlukan saya buat pinjaman bank.

“Ramai kecam, ada kata saya tak kena kejar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)… tapi mereka tidak tahu cerita sebenar, sedangkan harga kereta yang dibeli itu boleh buat separuh deposit kereta baharu,” katanya.

Menurutnya juga, dia sudah mewakafkan Toyota Alphard sebelum ibunya meninggal dunia pada Julai lalu, kepada sebuah masjid di Kuala Selangor untuk dijadikan kenderaan jenazah.

“Saya ambil keputusan untuk wakafkan kenderaan itu sebagai saham akhirat saya dan arwah ibu, memandangkan tiada yang menggunakannya,” katanya yang turut menjual semula Proton Satria Neo.

Noor Alif Hazrin yang mengeluarkan produk sendiri pada Jun lalu berkongsi kisahnya di aplikasi TikTok baru-baru ini sebelum ia tular.

“Perkongsian itu bukan nak buktikan apa-apa (atau menunjuk), sebaliknya saya nak berkongsi perjalanan kehidupan saya dari umur 18 tahun hingga sekarang, selain untuk kenangan.

“Nanti bila-bila boleh tengok semula terutama ketika saya mula berhijrah ke Kuala Lumpur waktu sambung belajar dulu dengan segala-galanya perlu tanggung sendiri.

“Pemergian mak meninggalkan impak besar dalam hidup saya. Selama ini saya tak kongsi kesusahan, tetapi baru ini kongsi apa saya sudah buat untuk mak. Alhamdulillah, saya sempat membahagiakan mak saya walaupun tak lama,” katanya.

SUMBER:HM

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK  YANG KAMI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DANSHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

TERIMA KASIH

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *