[Video] ‘Manusia Tidak Sedar Diri!’ – TikToker Ind0nesia P3rsenda Bahasa Malaysia, Netizen Gesa Rep0rt Ak4un Sluggish_Journey

Tindakan biadab seorang wanita warga Indonesia bernama Idaa yang mempersenda Bahasa Malaysia secara jelas di TikTok, mengundang kemarahan rakyat Malaysia.

Idaa yang kini menetap di Tawau, Sabah bersama keluarganya bagaimana telah menutup ruangan komen pada beberapa video yang didakwa telah menghina Bahasa Malaysia dan tiada sebarang inisiatif untuk memadamkan video-video tersebut walaupun telah dikecam ramai.

Segalanya bermula apabila Idaa mula membuat video terjemahan Bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia secara sesuka hati tanpa membuat sebarang semakan dari pihak yang bertauliah.

“Di Indonesia kami sebut ‘Satpam’. Dalam bahasa inggeris, ‘Security’ dan dalam Bahasa Malaysia, ‘Penunggu Maling’,” katanya yang kemudian terhibur sendiri.

Sedangkan di Malaysia, rakyatnya tidak pernah sesekali menggunakan perkataan maling untuk mereka yang bertugas sebagai Pengawal keselamatan.

Selain itu, Idaa juga mendakwa masyarakat di Malaysia menggelar pakar psikiatri sebagai ‘Doktor Gila’, pocong disebut sebagai ‘hantu bungkus’, tandas disebut sebagai Bilik Berenung, dan banyak lagi.

Di media sosial, ramai yang mengecam perbuatan Idaa yang menjadi Bahasa Malaysia sebagai bahan untuk dipersenda. Ada yang meminta netizen beramai-ramai melaporkan akaun TikTok Idaa, @sluggish_journey, agar dipadamkan terus dari platform itu sebagai pengajaran kepada content creator lain untuk tidak memuat naik kandungan yang boleh menimbulkan ketidakpuasan hati orang ramai.

“Manusia yang tidak sedar diri ni. Sudahlah tinggal di Malaysia, lepas tu menghanjing Bahasa Malaysia pula,” kata Yoshiro.

“Dia tinggal di Tawau, Sabah. Berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia. Boleh minta diusir keluar dari Malaysia kerana menghina Bahasa Malaysia,” kata Yaman.

“Rep0rted her videos for hateful behaviour. Pandai tutup komen dekat video ada Malaysia,” kata Che Puan Yeolahv.

“Dah salah fakta, duk gelak-gelak macam orang bodoh pula. Takde orang gelak sekali, dia tambah effect gelak sendiri. Nak tunjuk pandai ke bodoh ni?” soal Yenn.

SUMBER:Twitter Prince Yoshiro, TikTok Sluggish Journey

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK  YANG KAMI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DANSHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Kotak Hitam Pesawat Terhempas Di Nepal Ditemukan

Pasukan keselamatan telah berjaya menemui kotak hitam milik sebuah pesawat, Yeti Airlines ANC ATR 72 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *