Akibat Menahan Kentut, Penyanyi Brazil Ini Dimasukkan Ke Hospital..

Seorang penyanyi Brazil meng4kui bahawa dia dimasukkan ke hospital untuk dirawat kerana gas terper4ngkap di dalam badannya akibat tahan kentut di hadapan teman lelakinya, l4por Daily Star.

Viviane de Queiroz Pereira 4tau dikenali sebagai Pocah, telah berkongsikan gambar ketika dalam bilik r4watan akibat tahan kentut kepada berjuta-juta pengikutnya dalam laman sos1al Instagram.

Mengalami sakit perut yang t3ruk
“Saya bangun pada pukul 5:30 p4gi dengan sakit perut yang teruk dan akhirnya dimasukkan ke hosp1tal.

“Tetapi itu sahaja, k4wan-kawan. Saya kini sihat, hanya pengumpulan kentut yang terperangkap d4lam badan saya sahaja,” jelas penyanyi berusia 27 tahun itu.

Penyanyi yang memul4kan kerjayanya pada tahun 2012 dengan nama MC Pocahontas itu terus menggal4kkan peminatnya untuk membuang angin dengan bebas tanpa rasa malu.

“Kepada perempuan, jangan malu untuk kentut di hadapan lelaki.

“Apa yang sangat memalukan adalah membiarkan teman lelaki anda tidak dapat tidur dengan aman kerana anda terpaksa mengajaknya pergi ke hospital sekali gus mengetahui bahawa anda sakit kerana kentut terperangkap dalam badan anda”, kata Pocah.

“Mulai sekarang, saya akan melepaskannya”, tambahnya.

Pocah yang berketurunan Afrika dan Portugal pada asalnya tidak mengendahkan sakit perutnya selepas menerima nasihat daripada TikTok.

Selepas kejadian itu, dia berkata bahawa dia akan melepaskan kentut dengan bebas.

Menurut pakar perubatan, menahan kentut amat berbahaya dan boleh membawa kepada gejala yang menyakitkan.

Dalam kes lain, seorang bekas bintang realiti TV, Stephanie Matto mendedahkan bahawa dia meraih pendapatan dengan menjual kentutnya di dalam balang, lapor Metro UK.

Dia juga dikatakan mampu meraih pendapatan sebanyak RM212, 466 dalam masa seminggu.

Dia menggunakan jumlah pengikutnya di laman media sosial untuk dengan menjadikan mereka sebagai pelanggannya untuk dia menjual produk tersebut.

Stephanie turut menyatakan bahawa untuk menghasilkan angin dalam badannya dia makan banyak protein seperti yoghurt, telur rebus, dan kekacang.

Baca: Pendapatan Cecah RM212k Seminggu, Wanita Ini Jual Kentut Sendiri Di Dalam Balang, Siap Pernah Diskaun 50%
ADVERTISEMENT

Sumber: Daily Star

About admin

Check Also

Kotak Hitam Pesawat Terhempas Di Nepal Ditemukan

Pasukan keselamatan telah berjaya menemui kotak hitam milik sebuah pesawat, Yeti Airlines ANC ATR 72 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *