Kisah Bahal0l, Seorang Wali Allah Di Zaman Bani Abbasiyah

Dalam masyarakat kita, perkataan bahal0l dianggap sebagai sesuatu yang negatif dan sering diucapkan jika merasa marah pada seseorang. Pun begitu, ramai sebenarnya yang tidak tahu bahawa kisah Bahal0l adalah nama samaran seorang ulama yang terkenal.

Bahal0l atau nama sebenarnya Wahab Bin Amr hidup di zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid iaitu di zaman Bani Abbasiyah.

Ketika di zaman itu, Bahal0l yang merupakan ulama atau wali Allah dianggap sebagai ‘gila’ kerana perwatakannya yang dilihat ‘selekeh’ dan sering melakukan hal yang tidak terjangka.

Bagaimanapun, dia dikatakan hanya berpura-pura tidak waras dan sebenarnya mempunyai sifat yang penuh hikmah serta bijaksana.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Bahal0l dan juga Khalifah Harun Al-Rashid mempunyai pertalian darah.

Kisah Bahal0l dengan Khalifah Harun Al-Rashid
Untuk pengetahuan, terdapat banyak kisah-kisah menarik di antara Bahal0l dan Khalifah Harun Al-Rashid yang boleh menjadi tauladan.

Antaranya adalah ketika Khalifah Harun bertemu dengan Bahal0l yang sedang duduk di atas kubur.

Dengan berperwatakan seperti orang ‘g1la’, Bahal0l telah disapa oleh Khalifah Harun yang pada ketika itu sedang menunggang kuda dengan nada ‘meng3jek’.

“Oi Bahal0l, oi orang gila, kau ini bila nak sembuh dan berfikir dengan waras,” kata Khalifah Harun.

Bila mendengar sapaan itu, Bahal0l terus berlari naik ke atas pokok dan menjerit.

“Oi Harun, Oi orang gila kau pun bila nak sembuh dan berfikir dengan waras,” jerit Bahal0l

Mendengar teguran itu, Khalifah Harun seterusnya mendekati Bahal0l dan berkata “Sekarang ini kau atau aku yang g1la, kau duduk atas kubur dengan buat perwatakan macam orang g1la, sekarang ini kau atau aku yang gila”.

Jawab Bahal0l, “Engkau yang g1la! Sebab aku tahu istana kau akan hilang dan kubur ini akan kekal abadi.

“Aku bina kubur sebab aku tahu akan kembali ke dalam kubur nanti, sedangkan kau hanya fokus kepada istana kau dan kau lupakan kuburan kau.

“Sedangkan kau tahu kuburan itu merupakan tempat yang wajib kau akan kembali, jadi katakan kepada aku sekarang ini sebenarnya siapa yang g1la, kau atau aku?”

Jawapan Bahal0l itu membuatkan Khalifah Harun tersentak dan merasakan bahawa dia membuat kesilapan sambil menangis sehingga janggutnya basah.

“Wahai Bahal0l, demi Allah kau benar, tambahkan lagi apa nasihat yang kau boleh berikan kepada aku,” kata Khalifah Harun.

Maka Bahal0l berkata cukuplah dengan berpegang erat kepada kitab Allah SWT.

Setelah mendengar jawapan itu, Khalifah Harun bertanya kepada wali Allah itu sama ada dia mempunyai permintaan atau tidak.

“Adakah kau ada keinginan, kalau kau ada InshaAllah aku akan cuba untuk tunaikan,” katanya.

Buat tiga permintaan
Lantas Bahalol menyatakan bahawa dia mempunyai tiga permintaan.

“Aku ada tiga permintaan, kalau kau berjaya menunaikan permintaan aku, aku sangat berterima kasih kepada kau.

“Yang pertama, tambahkan umurku, yang kedua jauhkan aku dari malaikat cabut nyawa, yang ketiga masukkan aku ke syurga Allah dan jauhkan aku daripada api neraka,” kata Bahal0l.

Jawab Khalifah Harun, dia tidak mampu untuk menunaikan semua permintaan itu.

“MasyaAllah aku tak mampu untuk tunaikan semua permintaan kau,” katanya.

Maka Bahal0l berkata “Ketahuilah kau itu hanya hamba dan kau bukan raja, maka aku tiada apa-apa permintaan untuk aku minta daripada seorang hamba”

Pengajaran yang dapat kita pelajari dari kisah ini adalah hidup ini hanya sementara dan akhirat itu kekal abadi, setiap manusia juga pasti akan merasai mati dan janganlah kita hanya mengejar dunia sampaikan kita terlupa mengenai akhirat dan hari pembalasan.

SUMBER:siakapkeli

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..
JANGAN KETINGGALAN JUGA UNTUK MENGIKUTI KISAH – KISAH MENARIK  YANG KAMI KONGSIKAN DI BAWAH.

JANGAN LUPA LIKE DANSHARE>>>

FOLLOW KAMI DI PAGE….

About admin

Check Also

Kotak Hitam Pesawat Terhempas Di Nepal Ditemukan

Pasukan keselamatan telah berjaya menemui kotak hitam milik sebuah pesawat, Yeti Airlines ANC ATR 72 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *