Saya tak reda & tak terima, dia beritahu selepas dia kahwin

Ibu kepada pengarah popular Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail mengakui tidak merestui dan mengadakan perkahwinan kedua anaknya itu dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar.

Menurut laporan Dunia Sosial, dia mengetahui kemelut melanda rumah tangga Syamsul dan isterinya Puteri Sarah Liyana sering menjadi perhatian orang ramai sehingga tular di media sosial.

“Syamsul, jangan jadi munafik! Saya tak reda dan tak terima (perkahwinan kedua Syamsul). Saya baru dapat tahu tadi selepas diberitahu oleh Syamsul.

“Tapi saya cakap tak reda dan tak izinkan. Dia beritahu saya selepas dia berkahwin,” kata isteri kepada penerbit tersohor Datuk Yusof Haslam itu.

Patimah berkata, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu pernah menafikan mempunyai hubungan dan sudah bernikah dengan Ira yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi.

“Sebelum ini, tak mengaku. Dia bermati-matian cakap dia tak kahwin. Orang buat fitnah katanya dan mahu sama orang yang buat cerita.

“Namun, hari ini dia mengesahkan segalanya-galanya. Sekali lagi nak tegaskan, saya tak izinkan dan tak reda atas perbuatannya itu,” katanya.

Terdahulu, beliau meninggalkan komen pada salah satu posting dimuat naik menantunya berharap Allah SWT dapat memberikan yang terbaik kepada dua orang cucunya yang juga anak Syamsul.

Sumber: BH Online (Sudirman Mohd Tahir & Najiy Jefri)

About admin

Check Also

Aksi Wanita 62 Tahun Main Rollerskate Curi Tumpuan, Sempat Buat ‘Skill’ Berpusing

Jiwa muda… Itulah satu ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan gelagat seorang wanita berusia 62 tahun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *