Kahwin lain tanpa pengetahuan atau izin isteri, dilabel suami yang tak mampu ~ UAI

Isu berpoligami sememangnya hal yang amat sensitif terutama buat kaum hawa.

Ada wanita yang tak mampu dan tak mahu dimadukan kerana tiada kekuatan untuk berkongsi kasih sayang dengan suami.

Walaupun dibenarkan oleh agama, namun hal ini sentiasa menjadi isu bualan ramai apatah lagi jika dilakukan tanpa pengetahuan atau keizinan daripada isteri pertama.

Baru-baru ini ada klip soalan yang diajukan kepada penceramah Ustaz Azhar Idrus atau UAI tentang hal ini.

Soalannya berbunyi: “Apakah hukum suami berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri.”

Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa sememangnya hukum perkahwinannya itu sah namun perbuatan berkenaan adalah tidak elok dilakukan.

“Hukumnya memang sah namun perbuatan berkenaan tak betul sebab perkahwinan ini adalah untuk bergembira, bukannya bersedih, kalau ada tiga orang, nak semuanya ketiga-tiga gembira. Bukan dua orang yang gembira dan seorang lagi berduka.”

Jelas Ustaz Azhar Idrus lagi adalah lebih baik sekiranya suami mendapat keizinan daripada isteri untuk berkahwin lagi.

“Minta izin dulu dengan isteri, cakaplah saya nak kahwin seorang lagi. Inilah orangnya, tunjuk gambar, awak berkenan atau tidak. Kalau dia kata tak suka dan tak berapa berkenaan, carilah calon isteri yang lain sampai mendapat restu daripada isteri pertama.”

“Janganlah sembunyi faham, contoh kalau isteri ada menipu kita, kita rasa marahtak, sama la juga. Berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama adalah menipu dia. Jangan tipu.”

“Yang sebenarnya awak orang yang tak mampu. Orang mampu boleh kata pada isteri dia yang dia nak kahwin lagi satu.”

Ini video penuh penjelasan dari UAI tentang bernikah tanpa keizinan daripada isteri.

Itulah penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus yang menekankan betapa hebatnya jasa isteri pertama. Walaupun perkahwinan kedua itu sah, suami harus meminta izin untuk berkahwin lain demi menggembirakan semua belah pihak, kalau tak dilabel seorang lelaki yang tak mampu.

SUMBER : NEWS-TEL.COM

About admin

Check Also

Kotak Hitam Pesawat Terhempas Di Nepal Ditemukan

Pasukan keselamatan telah berjaya menemui kotak hitam milik sebuah pesawat, Yeti Airlines ANC ATR 72 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *