‘Perampas Mana Ada Yang Cantik, Level ‘B0hsi4’ Je..’

“Kasar, tapi betul jugak tuu..”

Kini hangat di media sosial apabila Syamsul Yusof mengumumkan bahawa dirinya sudah selamat bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.

Susulan itu, Rita Rudaini sebagai rakan artis turut pernah menghadapi situasi itu mengeluarkan isi hatinya di halaman instagram.

Di story instagram, Rita Rudaini ada membuat perkongsian tentang perkara yang berlaku ini. Dia berkata, jika benar ingin tambah yang baru. Cari lah yang lebih baik, lebih cantik.

Kemudian dia memerli, tidak ada perampas yang cantik..Tambahnya lagi, jika ibunya ‘bohsia’, keturunannya nanti pun pasti tidak menjadi dek kerana acuan ‘honda cup’

Rita Rudaini juga menyampaikan buah fikirannya kerana dia hairan apabila terdapat segelintir individu kurang setuju dengan perkongsian rakan artis, Puteri Sarah di media sosial berhubung konflik rumah tangga bersama suami Syamsul Yusof.

Tindakan Puteri Sarah tersebut secara tidak langsung dapat memastikan segala proses berjalan lancar sekali gus menjawab persoalan timbul dalam kalangan media

“Perkara ini tidak terjadi pada diri anda sendiri, sebaliknya pernah berlaku kepada saya sebelum ini. Sebagai selebriti kami tak boleh ambil pendekatan untuk terus berdiam diri sepanjang masa.

“Kalau kami diam nanti netizen akan terus mengecam. Jadi jalan terbaik adalah berkongsi segala masalah dan proses yang dilakukan.

“Apa yang dilakukan itu bukan ‘meroyan’ sebaliknya kami juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan serta anak-anak yang perlu dibela,” Ujar Rita Rudaini

Rita berkata, kemelut dialami Sarah disifatkan hampir sama dengan kisah hidupnya cuma isteri Syamsul itu mempunyai ‘tulang belakang’ daripada keluarga mentua yang memberi sokongan kepadanya.

“Cerita penderitaan yang dihadapi Sarah hampir serupa dengan saya, cuma Sarah ada ‘tongkat’ yang kuat iaitu keluarga mentua yang sangat baik.

“Sedangkan saya pula hanya berjuang seorang diri. Saya pernah diserang bertubi-tubi. Tapi apapun saya kasihan dengan Sarah yang mencari duit seorang diri.

“Jadi janganlah marah atau meluat dengan tindakan yang dibuatnya itu. Anda pun kalau suami atau teman wanita pandang wanita lain pun sudah jeling mata,” katanya lagi

Rita juga berkata Syamsul sepatutnya perlu menyelesaikan masalah rumah tangga terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan berkahwin dua. Dia sepatutnya bersikap terus terang dan tidak meminta untuk berbincang selepas mengesahkan pernikahan kedua sekali gus menyalahkan isteri sendiri.

Kalau dia nak kahwin dua atau tiga memang tidak salah, tapi cara yang dilakukan itu tidak tepat. Kalau ada masalah dia kena balik ke rumah untuk selesaikan. Walaupun dia tidak suka dengan isterinya dan mahu bernikah lagi, dia patut cakap dengan isterinya.

“Sarah hanya berada di rumah keluarga Syamsul. Jadi siapa yang lari? Siapa yang tidak mahu jumpa? Sarah ini hanya menunggu masalah itu diselesaikan, tetapi tiada tindakan dibuat.

“Walaupun Sarah kelihatan kuat, tapi saya tahu jauh di sudut hati dia sedang menangis, lebih-lebih lagi ketika melihat anak-anaknya. Perasan sedih itu memang perlu ada dalam diri setiap orang,” luahnya lagi.

Rita juga memberi pesanan, jika Ira Kazar perempuan yang baik, dia akan menasihati suaminya untuk bertanggungjawab. Dia patut minta suaminya untuk balik ke rumah dan selesaikan apa yang berlaku dengan isteri pertamanya.

“Wanita itu juga perlu menasihatkan agar suaminya tidak memutuskan silaturahim dengan kedua ibu bapanya dan mengetahui kedudukannya,” kongsinya.

Semoga kemelut rumah tangga ini dapat diselesaikan dengan baik. Syamsul pun sudah selamat bernikah, sekarang dia perlu berbincang dengan kedua pihak dan selesaikan segalanya sebelum terlambat. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Moga perkara ini menjadi tauladan kepada semua.

Sumber KOTAK MEDIA/KUCINGPINK

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE PAGE DuniaSosial YA Semoga Bermanfaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kotak Hitam Pesawat Terhempas Di Nepal Ditemukan

Pasukan keselamatan telah berjaya menemui kotak hitam milik sebuah pesawat, Yeti Airlines ANC ATR 72 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *