Seperti yang kita semua ketahui bahawa kucing adalah makhluk kesayangan manusia, tambah lagi pencinta kucing yang sememangnya sayangkan kucing dan menjaga kucing seperti keluarga sendiri.
Setiap rumah biasanya mempunyai seekor kucing yang dipelihara sebagai peneman dalam rumah. Kucing yang mahal atau kucing baka biasa, tiada beza kerana masing-masing mempunyai peminat tersendiri.
Seperti sebuah rakaman video yang telah dimuatnaik dalam aplikasi instagram reel apabila ianya memaparkan kemesraan seekor kucing dengan pemiliknya sehingga boleh menggantikan tempat isteri kepada pemiliknya.
Video itu telah menunjukkan seekor kucing yang selamba bar di atas riba pemiliknya seperti penjaganya itu adalah hak miliknya. Sebenarnya kucing kalau dah sayangkan seseorang mesti dia akan selalu berada dekat dan manja dengan seseorang yang disayanginya.
video : klik disini
View this post on Instagram
Setelah diterjah ke ruangan komen, ramai warganet yang berpendapat bahawa kucing itu berlagak kerana dapat baring tanpa digangu. Dan kelihatan mimik mukanya itu juga menggambarkan seperti kesombongannya itu. Macam-macam sangat kucing ni.
Komen Netizen:
Sumber : sinarviral