(video) “Semua A, kenapa bahasa melayu B” Jawapan Spontan Dari Si Kecil Buat Ramai Terhibur

Apabila anak sudah mula membesar dan ke sekolah sudah tentu pelajar menjadi fokus utama ibu bapa.

Ini kerana, kerana ibu bapa pasti kita ingin melihat mereka berjaya dan dapat mencapai cita-cita yang diidamkan di masa akan datang.

Namun tidak dinafikan mereka tentu mempunyai kekuatan dan kelemahan pada beberapa mata pelajar.

Sebagai contoh ada pelajar yang hebat dalam mata pelajaran sains, matematik tetapi sedikit lemah apabila ia melibatkan bahasa kerana setiap di antara kita mempunyai kebolehan yang berbeza-beza.

Apa yang lebih penting sebagai ibu bapa kita perlu memberi semangat dan dorongan agar mereka terus berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Tunjuk kertas peperiksaan, reaksi kanak-kanak undang perhatian

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada kanak-kanak ini semasa menunjukkan keputusan peperiksaannya sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan oleh @nurhafzan6644 di TikTok, kanak-kanak yang dikenali sebagai Dhia telah menyerahkan kepada ibunya keputusan peperiksaan yang diduduki pada baru-baru ini.

Berdasarkan keputusan yang ditunjukkan itu kelihatan kanak-kanak itu berjaya memperoleh markah yang tinggi dalam peperiksaannya.

Ibunya turut teruja dengan keputusan cemerlang yang diperoleh oleh si anak apabila berjaya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran kecuali Bahasa Melayu.

Jawapan anak buat ibu terkedu

Ketika ditanya ibu mengapa subjek itu mendapat gred B jawapan kanak-kanak ini membuatkan wanita itu terkedu dan ketawa.

“Kenapa Bahasa Melayu dapat B?” tanya si ibu.

“Haaa sebab saya orang Kelantan bukan orang Melayu,” jawab si kecil itu sambil tersipu-sipu.

Ibu terus beri semangat untuk anak buat yang terbaik

Ibunya kemudiannya tidak mematahkan semangat kanak-kanak itu apabila memberi nasihat bahawa dia perlu membuat banyak lagi latihan agar mahir dalam mata pelajar tersebut.

Lihat video

@nurhafzan6644

Saya orang kelantan bukan prang melayu 🤣🤣🤣 #budakcerdik #fypシforyoupage #berandatiktok #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypplease #kakak #anakomie #dhia

♬ original sound – Kafaym ✅💠 – Kafaym ✅💠

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak itu selain turut menyatakan gelagatnya comel.





Sumber: infoslikemedia

About admin

Check Also

Kotak Hitam Pesawat Terhempas Di Nepal Ditemukan

Pasukan keselamatan telah berjaya menemui kotak hitam milik sebuah pesawat, Yeti Airlines ANC ATR 72 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *