Adik Ayda Jebat, Fyna Jebat sahkan sudah bernikah dengan Datuk Zainal Abidin

Sebelum ini telah tersebar berita tentang penyanyi yang juga adik kepada seorang penyanyi dan pelakon terkenal yang telah pun berkahwin dengan seorang bekas pemain bola sepak Malaysia yang juga bekas jurulatih kelab apabila sepak Liga Super.

Rata-rata meneka siapakah gerangan penyanyi berkenaan, dan akhirnya segalanya telah pun terungkai pada hari ini.

Memang benarlah tekaan orang ramai bahawa individu berkenaan ialah Fyna jebat, adik kepada Ayda Jebat dan juga pemain lagenda tanah air iaitu Datuk Zainal Abidin.

Hal ini telah disahkan oleh Fyna Jebat bahawa diri sendiri merupakan isteri kepada Datuk Zainal Abidin.

Menerusi laporan beberapa portal hiburan, Fyna Jebat mengakui hal berkenaan setelah diajukan soalan ketika habis membuat persembahan bersama Ayda Jebat dalam rancangan Famili Duo pada hari Ahad.

“Syukur alhamdulillah benarlah saya sudah bernikah. Oleh itu saya nak ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen yang baik, harapnya semua pihak akan dapat berdoa untuk kami dan juga keluarga.”

Fyna kemudian tidak mahu mengulas lebih panjang lebar namun mengatakan suaminya telahpun memberi sokongan yang tak berbelah bagi kepadanya untuk menyertai rancangan Famili Duo itu.

“Minta maaf untuk masa sekarang ini, hanya itu sajalah. Apapun, suami memang menyokong penuh penyertaan saya dalam rancangan ini. Syukur saya pun menang minggu ni.”

Sehingga kini belum ada kenyataan penuh daripada kedua pasangan pengantin baru ini.

Datuk Zainal Abidin Hassan, 62 tahun, merupakan pemain berstatus lagenda di Malaysia yang pernah bermain untuk negeri Pahang.

Fyna Jebat, 29 tahun, pula sebelum ini pernah menyertai pertandingan realiti Akademi Fantasia bersama Ayda Jebat pada musim ke 9 yang dimenangi oleh Hazama.

SUMBER : NEWS-TEL.COM

About admin

Check Also

Kotak Hitam Pesawat Terhempas Di Nepal Ditemukan

Pasukan keselamatan telah berjaya menemui kotak hitam milik sebuah pesawat, Yeti Airlines ANC ATR 72 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *