Bos Louis Vuitton Individu Terkaya Di Dunia, Elon Musk Jatuh Tempat Kedua

Pemilik jenama Louis Vuitton, Bernard Arnault telah mencipta sejarah baharu apabila namanya menjadi individu terkaya di dunia oleh indeks Billionaires Bloomberg.

Difahamkan, Arnault yang juga merupakan pemilik kepada jenama mewah yang lain seperti Dior, Tiffany dan Bulgari mempunyai aset kekayaan berjumlah AS$70.6 bilion (RM751 bilion).

Rekod tersebut sekali gus telah mengalahkan nilai aset yang dimiliki oleh pengasas Tesla, Elon Musk yang telah jatuh ke ‘ranking’ kedua dengan nilai AS$163.1 bilion (RM717 bilion).

Ketika pandemik Covid-19 dahulu, nilai Elon Musk banyak bergantung kepada prestasi Tesla namun, kerisauan terhadap pengeluaran menyebabkan ia jatuh merundum.

Bukan itu sahaja, perniagaan bagi LVMH telah meningkat sebaik sahaja pembelian secara fizikal telah bermula selepas sekatan Covid-19 ditarik balik oleh kerajaan mereka.

Sekadar info, pengerusi dan pengasas syarikat Amazon, Jeff Bezos pula menduduki tempat kelima individu terkaya di dunia dengan nilai aset bersih berjumlah AS$108.4 bilion (RM476.69 bilion).

Sumber: Astro Awani

About admin

Check Also

Didakwa Kahwin Tanpa Pengetahuan & Berang Disindir Punca 2 Isteri Jurulatih Tarik Rambut

Semalam, viral di media sosial mengenai kisah pergaduhan membabitkan dua isteri bekas jurulatih Liga Super. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *