Dua Mayat Dilapor Ditemui Di Ruang Gear Pendaratan Pesawat

BOGOTA — Dua mayat dilaporkan telah ditemui di bahagian bawah pesawat Avianca semasa penyelenggaraan di Colombia pada Sabtu lalu.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan, Avianca berkata pesawat Avianca AV116 dengan nombor pendaftaran N765AV telah melakukan penerbangan dari Santiago, Chile pada Jumaat jam 7.56 petang waktu tempatan sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa El Dorado Bogota pada jam 4.26 petang.

Sewaktu penyelenggaraan pesawat, kakitangan syarikat penerbangan telah menemui dua mayat di dalam ruang gear pendaratan pesawat berkenaan.

“Protokal keselamatan telah dikeluarkan serta-merta dan pihak berkuasa Colombia serta Chile akan menjalankan siasatan bagi kes tersebut.

“Kami akan bekerjasama dengan pihak pengurusan lapangan terbang dan pihak berkuasa tempatan bagi memberi penjelasan serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang,” maklum Avianca dalam satu kenyataan.

Susulan itu, pihak Avianca menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga kedua mayat berkenaan dan syarikat penerbangan itu menambah akan membuat pemeriksaan awal bagi setiap pesawat terlebih dahulu kerana ia merupakan tanggungjawab pihak berkuasa dan pengurusan lapangan terbang.

Sementara itu, Pejabat Peguam Negara tempatan telah bertindak memindahkan maklumat berkenaan ke bilik mayat untuk proses selanjutnya.

“Ia adalah perkara biasa dalam penerbangan awam apabila penumpang tanpa izin (penyusup) akan bersembunyi di ruang simpanan atau kotak gear pesawat sama seperti ini,” kata Pejabat Peguam Negara.

Sumber: Avianca online

About admin

Check Also

Kotak Hitam Pesawat Terhempas Di Nepal Ditemukan

Pasukan keselamatan telah berjaya menemui kotak hitam milik sebuah pesawat, Yeti Airlines ANC ATR 72 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *