Ira Kazar minta Syamsul Yusof pulang kepada Puteri Sarah dan anak-anak

Kisah antara Ira Kazar yang kini sudah pun sah bergelar isteri kedua kepada Syamsul Yusof masih lagi bergelar di media sosial.

Pihak Puteri Sarah dan keluarga Syamsul Yusof nampaknya masih belum berlapang dada untuk menerima kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua.

Namun ada satu lagi kisah terbaru, yang mana ada yang mengatakan bahawa Ira Kazar pernah meminta Syamsul Yusof pulang ke sisi Puteri Sarah Liyana sebelum ini.

Antara kenalan kepada Ira Kazar iaitu penerbit Datuk Ayu Puteh ada mendedahkan bahawa anak kepada Kazar ini pernah meminta Syamsul untuk kembali kepada keluarga dan anak-anaknya.

Antara ayat seperti yang dilaporkan oleh portal Utusan dan Minggu Wanita ialah berbunyi sebegini: “Nak lepaskan hubungan berkenaan dan biarlah dia kembali pulang kepada isteri, anak-anak serta keluarganya.”

Akan tetapi Datuk Ayu Puteh berkata Syamsul Yusof dan Ira Kazar memang saling mencintai antara satu sama lain.

“Secara peribadi, memang saya kenal dengan Ira, sejak dia umur 19 tahun lagi. Dia ada berkawan dengan anak-anak saya. Dulu Ira ni selalu datang ke rumah dan bersama dengan anak. Apabila isu ini timbul iaitu kisah dengan Syamsul Yusof, saya ada nasihat padanya.”

“Kata Ira, dia tak ada terfikir nak mengganggu rumah tangga orang namun sudah terlanjur saling mencintai. Ira dan Syamsul pun pernah berbincang untuk tidak meneruskan hubungan mereka dan beranggapan tak ada jodoh.”

“Ira meminta supaya Syamsul pulang ke rumah dan fokus kepada anak-anak serta isterinya Puteri Sarah. Namun waktu itu, Syamsul diam, tak komen apa-apa.”

Ayu Puteh yang merupakan penerbit dari Pencil Pictures berkata, Ira tutup mulut sebab tahu orang akan sentiasa menyalahi dirinya.

“Ira cakap, dia tutup mulut bukan kerana penakut atau hanya mengalah. Tetapi logiknya sebab dia pun sedar berada di tempat itu. Walau kata jujur pun dia tetap akan kena juga. Manalah ada orang suka wanita yang dilabel menyondol suami orang.”

“Namun kena ingat juga, bertepuk sebelah tangan tak akan datang. Keluarga Ira sendiri pun ada nasihatkan, namun macam saya katakan tadi, jika sudah ada jodoh, nak mengelak macam mana pun, itu takdir.”

Bagi Ayu Puteh, semua keputusan berkenaan jatuh ke tangan Syamsul yusof sebagai lelaki.

“Apapun keputusan di tangan lelaki, yang nak akadnya adlaah pihak lelaki. Saya percaya Syamsul tahu apa yang dia lakukan. Dia sememangnya masih sayangkan isterinya. Ira juga tahu Syamsul masih menyayangi Puteri Sarah.”

“Dah tentu ada sebab kenapa Syamsul memilih Ira jadi masing-masing kena lah bertanggungjawab.”

Itulah komen daripada kenalan Ira Kazar iaitu Datuk Ayu Puteh berkenaan isu melibatkan Puteri Sarah dan juga Syamsul Yusof.

SUMBER : NEWS-TEL.COM

About admin

Check Also

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – Ahli keluarga Datin Zalina

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga Datuk Zainal Abidin Hassan tampil meluahkan perasaan berhubung kontroversi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *