Kelam kabut nikah di Thailand? Ramai terhibur tengok Ira pakai stoking bola

Nampaknya, masih ramai yang belum reda dan panas hati dengan khabar berita perkahwinan antara pengarah terkenal, Syamsul Yusof bersama isteri baharunya, Ira Kazar yang mula kecoh di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, baru-baru ini, netizen telah menemui satu ‘rahsia’ yang baru apabila mereka mendapati ada sesuatu yang pelik pada gambar perkahwinan Ira Kazar dan Syamsul Yusof.

Pakai stoking bola Syamsul ke?

Mana tidaknya, dengan ketajaman mata netizen, mereka mendakwa stoking yang disarungkan oleh Ira Kazar itu adalah stoking bola yang dipercayai kepunyaan suaminya, Syamsul Yusof.

“Siapa suruh kahwin kat Thailand, kan persiapan dah jadi kelam kabut. Terpaksa pakai stoking bola Sol. Benda dah pakai nak buat macam mana kan?,” ujar individu tersebut di dalam video.



Tajamnya mata netizen!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pemilik video berkenaan yang begitu gigih meneliti setiap inci yang dipakai oleh isteri kedua Syamsul Yusof tersebut.



Ramai yang tak perasan pun stoking tu!

Mana tidaknya, ramai yang kagum dengan ketajaman mata yang dimiliki oleh pemilik video berkenaan manakala netizen yang lain tidak perasan dengan penampilan yang digayakan oleh Ira Kazar.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Syamsul Yusof akhirnya membuat pengakuan di laman Instagramnya dimana dia sudah mengahwini Ira Kazar di Thailand.

Pendedahan tersebut telah menyebabkan ramai pihak yang tidak berpuas hati dan meluahkan rasa kasihan terhadap dugaan yang prlu dihadapi oleh isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Sumber: TikTok @cikrvv_

About admin

Check Also

Touch ‘n Go eWallet Kini Tersedia Di foodpanda & Korang Berpeluang Nikmati RM12 Diskaun!

Orang-orang bujang, student universiti dan mereka yang selalu busy tu mesti boleh relate kan bila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *