Nak ‘sondol’ Ira Kazar pula, wanita tawar diri jadi isteri ketiga Syamsul Yusof

Kemelut rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof masih belum berkesudahan. Pengakuan pengarah tersebut tentang hubungannya dengan Ira Kazar telah membuatkan isteri di Malaysia ‘naik hantu’ hingga ke masa ini.

Disebabkan itu, masing-masing berlumba-lumba mengulas isu tersebut dan ada juga yang membuat kontena ‘sarkastik’ mengenai poligami yang sedang mereka hadapi.

Nak sondol Ira Kazar

Salah satunya adalah posting yang dibuat seorang wanita yang juga model apabila menawarkan diri menjadi isteri ketiga Syamsul selepas Ira Kazar dikatakan berjaya ‘menyondol’ anak kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam sehingga menjadi isteri kedua.

Dalam perkongsian tersebut, wanita berkenaan bertanyakan sama ada orang ramai bersetuju atau tidak jika dia merampas Syamsul daripada Ira Kazar kerana dia bersedia menjadi isteri ketiga.

“Setuju tak saya sondol Syamsul dari Ira Kazar,” tulisnya.

Nak bagi rasa macam mana bila suami kena ‘sondol’

Tujuannya melakukan hal tersebut adalah untuk isteri kedua pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu merasa ‘sakit’ yang sama seperti yang dilalui oleh Puteri Sarah ketika ini.

“Kalau ada rezeki I akan jadi bini nombor 3 Syamsul Yusof ya biar bini nombor 2 tu tahu macam nana rasanya laki kena rampas,” katanya lagi.

“Cinta ditolak, bomoh bertindak”

Menerusi komen yang dibuat oleh wanita tersebut, dia sudah memulakan langkah pertama dan jika tidak berkesan boleh jadi dia akan menggunakan khidmat bomoh.

“Sabar-sabar. I dah follow IG Syamsul bagi reda keadaan baru I bertindak, kalau cinta ditolak, maka bomoh bertindak,” selorohnya.

Perkongsian yang dibuat pengguna TikTok itu telah mendapat sokongan yang jitu daripada warganet terutamanya golongan wanita. Rata-rata menyokong tindakan wanita tersebut yang berniat mahu menjadi perampas juga untuk menjadi isteri ketiga Syamsul Yusof.

Walau bagaimanapun, niat asal wanita berkenaan tidak boleh dipastikan sama ada betul-betul membawa maksud mahu menjadi isteri ketiga atau sekadar meluahkan rasa amarah apabila isteri pertama selebriti berkenaan menjadi mangsa sakit hati kerana dimadukan.

Apa-apapun, seeloknya hati-hati dalam menzahirkan rasa tidak puas hati kerana ia melibatkan rumah tangga orang lain serta isu peribadi yang bukan untuk dijadikan bahan gurauan.

Sumber: TikTok

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *