“Orang Cantik Jual Apa Pun Laku!”

AJAL maut jodoh pertemuan, semuanya ketentuan tuhan.

Biarpun rumah tangga yang dibina tidak berkekalan, Sharifah Nurul Hamirah Syed Mohd Hamz, 30, tetap cekal meneruskan kehidupan demi membesarkan dua anaknya.

Mesra disapa Mya, dia yang berpisah dengan bekas suami pada tahun 2018 pernah bekerja di kedai menjual minyak wangi selama empat tahun sebelum memulakan perniagaan nasi lemak dari rumah.

Lembaran baharu 2023

Sambutan menggalakkan yang diterima membuatkan Mya berani untuk mengorak langkah lebih jauh dengan membuka gerai nasi lemak di Sentul, Kuala Lumpur, bermula Selasa lalu.

Mya terkejut dengan sambutan yang diterima sejak memulakan perniagaan gerai itu.

“Sebelum ini saya bekerja di kedai perfume dekat sebuah mall. Saya bekerja selama empat tahun. Pada masa sama, saya juga banyak buat live TikTok untuk jual perfume. Tapi saya buat keputusan berhenti dan buka bisnes, nak cuba bidang baharu.

“Tahun lepas, saya berniaga nasi lemak daun pisang dari rumah. Pada masa itu saya hanya berniaga secara online. Saya diuji apabila ada pelanggan yang order tapi tak datang ambil nasi lemak. Jadi saya rasa lebih baik buka gerai, nak bersedekah nasi lemak pun jadi lebih mudah.

“Pada 3 Januari, secara rasmi saya buka gerai di Sentul. Buat masa ini, saya hanya fokus pada satu menu iaitu nasi lemak daun pisang dengan telur rebus, sambal dan ikan bilis pada harga RM1.50 sebungkus. Setakat ni belum ada perancangan untuk buat lauk atau menu lain,” katanya.

Sambutan luar biasa

Sejak memulakan perniagaan gerai tepi jalan itu, Mya turut membuat hebahan dengan berkongsi video menerusi media sosial.

Di laman TikTok, video ketika Mya sedang berniaga di gerainya bukan sahaja dihujani ribuan komen netizen, malah turut memenangi sehingga 1.1 juta tontonan.

Rupa paras Mya turut mencuri perhatian ramai, sekaligus menjadi ‘pelaris’ bagi perniagaannya.

Kata Mya, dia sendiri terkejut dengan sambutan luar biasa itu dan menganggap ia sebagai satu permulaan yang baik untuk perniagaannya.

“Keluarga belah mak saya dari Terengganu kebanyakannya memang berniaga. Jadi, darah bisnes tu memang dah mengalir. Untuk bisnes nasi lemak saya, mak yang buatkan sambal. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan sampai tak menang tangan.

“Dekat gerai ramai yang beratur. Memang viral melampau-lampau. Walaupun dah habis, tetap ada orang beratur dan sanggup tunggu. Saya tak jangka gerai ini akan viral.

“Hari kedua berniaga, ramai yang serbu ‘datang’ daripada TikTok. Siap ada yang datang ambil gambar,” ujar Mya.

Lebih melucukan kata wanita itu, ada golongan lelaki turut mencuba nasib untuk berkenalan dengannya, namun dia menganggap semua itu sebagai gurauan semata-mata.

“Bab cari jodoh tu, banyak juga la, tak boleh dinafikan. Ada yang ajak kawhin, ada yang nak meminang. Siap ada yang tanya depan-depan, awak ni dah kahwin ke? Kalau dah kahwin tak nak cakap lebih-lebih, tapi kalau single nak kenal lebih.

Kata Mya, dia tiada perancangan untuk menambah menu lain setakat ini.

“Selain yang depan-depan, ada juga yang hantar mesej nak berkenalan. Biasalah lelaki, saya anggap sebagai gurauan saja,” katanya.

Cabaran ibu tunggal

Di sebalik sambutan luar biasa, Mya berkata dia juga tidak terlepas menerima kecaman netizen di media sosial.

“Komen kecaman memang banyak. Ada yang kata saya jual muka, macam-macam orang fitnah. Tapi saya diam saja. Sebab mulut orang memang tak boleh nak tutup. Apa yang dikecam, saya ambil jadi pembakar semangat.

“Walaupun dikecam sejak dulu sehingga sekarang, saya tak akan berhenti. Bukannya saya minta makan dengan mereka. Asalkan saya cari rezeki halal.

“Buat ibu tunggu di luar sana, yang mana ada anak, jangan cepat berputus asa. Kita kena sentiasa berusaha. Kecaman orang kita letak ketepi, janji kita sentiasa berdoa dan berusaha,” menjawab menjawab bicara.

video,

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Dunia Sosial Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh membaca kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

About admin

Check Also

Didakwa Kahwin Tanpa Pengetahuan & Berang Disindir Punca 2 Isteri Jurulatih Tarik Rambut

Semalam, viral di media sosial mengenai kisah pergaduhan membabitkan dua isteri bekas jurulatih Liga Super. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *