Pernah Berada Di Penjara, Anwar Ibrahim Tegaskan Tiada Lagi Hukuman Sebat Kepada TKI

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hadir ke Indonesia untuk mengadakan satu lawatan rasmi pertamanya di sana.

Kehadiran beliau ke Indonesia selama dua hari diiringi oleh isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah dan juga Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; serta Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Adlan Mohd Shaffieq.

Indonesia sahabat sejati

Memetik laporan dari Sinar Harian, Anwar menyifatkan Indonesia sebagai sahabat sejati kerana menerima beliau ketika dalam keadaan terlempar, terbuang dan tersisih.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter mengambil daripada siaran langsung CNN Indonesia, Anwar ada menyebut perihal pemansuhan hukuman yang dikenakan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) atau Tenaga Kerja Indonesia (TKI).

Dengar sendiri rintihan TKI sewaktu di penjara
Menerusi kenyataan Anwar, hukuman sebat terhadap TKI dan PATI sudah dimansuhkan kerana beliau sendiri pernah berada di penjara serta mendengar hukuman tersebut dijalankan.

Atas dasar manusiawi, beliau dengan tegas ingin hukuman tersebut tidak dilaksanakan semula dan ia menjadi salah satu perbincangan bersama Presiden Indonesia semasa pertemuan dua hari ini.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mereka menyuarakan pendapat masing-masing di media sosial. Kebanyakan mereka bersetuju dengan pandangan tersebut dan berharap hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia terus terjalin dengan harmoni.

Selain daripada isu tersebut, beberapa lagi perkara penting dibincangkan Anwar dan Jokowi dalam pertemuan di Istana Bogor, Jawa Barat.

Sumber: Twitter @RashidYusoff11, YouTube CNN Indonesia

About admin

Check Also

Kotak Hitam Pesawat Terhempas Di Nepal Ditemukan

Pasukan keselamatan telah berjaya menemui kotak hitam milik sebuah pesawat, Yeti Airlines ANC ATR 72 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *