Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menafikan bahawa telah memberikan maklumat calon kepada pihak tertentu yang menawarkan pekerjaan.
Dalam satu siaran media pada Jumaat lalu, SPA turut menyiarkan bahawa tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak untuk menawarkan pekerjaan bagi pihaknya.
“SPA telah menerima aduan mengenai agensi yang menawarkan pekerjaan dalam platform Whatsapp yang menghantar mesej kepada mangsa yang mendakwa mendapat nombor telefon daripada SPA.
“Terdapat kemungkinan platform media sosial lain yang digunakan untuk menjalankan aktiviti yang sama,” maklum kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, SPA ingin menasihatkan orang awam agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan sindiket penipuan seperti itu.
Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia