Tindakan pengarah Syamsul Yusof berkahwin senyap-senyap dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar di Thailand mengejutkan ramai pihak.
Namun begitu, nama Fara Salleh yang pernah dikaitkan dengan pelawak Shuk Sahar turut terkena tempias gara-gara isu berkenaan.
Tak terlibat dengan isu Syamsul & Ira
Di InstaStory, hidup Fara seperti tidak senang apabila diasak netizen mengenai isu yang tidak ada kena mengena dengan dirinya.
Difahamkan, Fara sudah beberapa hari tidak sihat dan terpaksa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Tegasnya, dia tidak terlibat dengan isu pasangan tersebut dan bukan dirinya yang membawa mereka pergi bernikah di Thailand.
Kecewa dengan perangai sesetengah netizen yang ‘memetik’ namanya, Fara meminta mereka untuk tidak mengecam dirinya.
Sumber : f.zzatys