Pelakon yang juga selebriti media sosial terkenal, Ria Ricis menerima kecaman hebat netizen gara-gara membawa anak perempuannya yang berusia enam bulan menaiki jetski.
Bawa anak kecil demi konten
Menerusi video yang dimuat naik, Ria dan suami, Teuku Ryan kelihatan memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti ekstrim itu manakala bayi meraka, Moana, tidak dipakai.
Teuku Ryan juga mengundang kritikan apabila menunggang jetski dengan menggunakan sebelah tangan sementara satu lagi memegang Moana.
Tindakan itu telah menimbulkan rasa risau dalam kalangan warganet kerana Moana masih terlalu muda untuk terlibat dengan aktiviti udara itu.
Selain itu, netizen turut menasihati Ria agar tidak memaksa melakukan aktiviti lasak seperti dirinya selain mengingatkan golongan ibu lain untuk tidak mencontohi kandungan yang membahayakan ini.
‘Saya akan melindungi’
Dalam hantaran berbeza, Ria, 27, dan Ryan juga membawa Moana menaiki ATV. Adik kepada Oki Setiana Dewi ini mengucapkan terima kasih kepada Moana kerana telah berkelakuan baik walaupun sedang mengantuk.
Terdahulu, Ria dan Ryan berkahwin pada 12 November 2021. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Moana pada 26 Julai 2022.
Sumber: Instagram